Sunday, September 20, 2009

Cinta Yang Pudar

JAWAPANNYA, pasti cinta mereka pudar setelah cinta mereka kepada Allah telah pudar terlebih dahulu. Cinta mereka kepada Allah telah retak, dan itulah yang membawa kepdad keretakan dalam perhubungan mereka. Ya, bukan sahaja cinta kerana Allah itu penting, tetapi cinta Allah itu perlu terus disuburkan secara berterusan.

Umpama tapak pada sebuah bangunan, tentulah perlu diperkuatkan apabila rumah itu hendak diperbesarkan. Tidak mungkin rumah yang lebih besar boleh dibina atas tapak yang asal. Begitulah dalam rumahtangga, semakin besar tanggungjawab, semakin perlu hubungan antara suami isteri diperkukuhkan. Cinta mesti meningkat, bersama menigkatnya ujian. Dan untuk untuk meningkatkan cinta sesama mereka, tapak kepada cinta mereka ( cinta Allah ) perlu diperkukuhkan. Jika tidak, ujian dan tanggungjawab yang semakin membesar akan merenggangkan hubungan sesama mereka.

Cinta Yang Kekal

BAGAIMANA mengekalkan cinta? Caranya ialah kita mesti mencintai Yang Maha Kekal dahulu. Siapakah Yang Maha Kekal ? Tidak ada yang kekal selain Allah. Maksudnya, kita perlu cintakan Allah kerana itulah sandaran kita untuk mengekalkan cinta sesama kita. Bersandarkanlah kepada Allah ( bukan bersandar pada kenangan ). Sifat makhluk berubah-ubah, lemah dan sementara. Hanya Allah dan Cinta-Nya sahaja yang kekal, kukuh dan abadi. Oleh itu untuk mengekalkan rasa cinta sesama kita, cinta kepada Allah mesti dijadikan asas atau tapaknya.

Itulah teorinya tetapi bagaimana praktiknya?Apakah semudah itu melaksanakannya ? Kenapa ada pasangan katanya telah meletakkan asas cinta mereka kepada Allah tetapi perkahwinan mereka mereka retak jua dan akhirnya berpisah? Acapkali juga kita lihat mereka yang sama-sama berazam untuk mendirikan rumahtangga secara islam tetapi akhirnya kecundang
Mengapa????

Thursday, September 17, 2009

Salam Syawal dan Sejuta Kemaafan

Kepada pengunjung tetap blog Dr.Cinta Iluvislam.com ingin memberikan sepuluh jari bersama tangan memohon kemaafan di atas kenakalan dan kegurauan sepanjang perkenalan bersama pengunjung-pengujung blog ini.

kepada Sahabat dan krew dan users semoga syawal kali ini adalah syawal yang menjadi kenangan untuk kalian semua.

Thursday, September 10, 2009

Bezanya Cinta

Apa bezanya cinta kepada "selain daripada Allah"
kerana Allah dengan yang bukan kerana Allah? ( baca betul-betul ). Ini satu persoalan penting justeru ramai orang mencintai ibu bukan kerana Allah. Mencintai isteri bukan kerana Allah. Cinta kepada kekasih bukan kerana Allah. Jawabnya, cinta kerana Allah tidak memerlukan 'ramuan-ramuan' yang bersifat racun ( dosa ). cinta ini boleh terjalin pada sesiapa sahaja-antara sesama sahabat-sahabat,keluarga,saudara mara suami isteri, pengikut-pengikut dan sebagainya.

Cinta yang 'disintesis' daripada cinta allah juga tidak memerlukan 'perantara-perantara' yang bersifat 'physical contact' kerana ia tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal-yang memberi rupa, warna rasa dan lain-lain. Tapi ia tetap suci dan menyucikan

Kalau cinta ini terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja 'medium' yang bertentangan dengan kehendak Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaliknya cinta itu bertaut pada rasa suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk sama-sama mentaati Allah

Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat bahagia-sambil gigih melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Tidak ada unsur 'mabuk' cinta yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang dialirkan kerana sebab-sebab murahan

Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah

wallahua'alam

Hari Paling Malang

Luahan Perasaan
Tanggal 10 September 2009 hari paling malang apabila tinggal di Masjid dan nak tergelak pun ada sebenarnya. Cuma ingin meluahkan perasaan ditakdirkan pada hari ini aku terlewat bangun subuh kerana kepenatan dan bertugas ketika itu. nak dijadikan cerita kepala aku pun terasa berat dan pening sangat. My Bro Abg Mad Noor pun x sedar dan die pun sama macam aku.

Tibe2 my boss pun meluahkan perasaan dan rasa kecewanya biasalah boss apabila kerja dengan masyarakat hanya nampak kesalahan manusia dan tidak menghargai kebaikkan manusia..biasalah kena push kan.aku tak kesah sebenarnya ye la kesalahan diri sendiri dan aku memang tidak sengaja. Tibe2 dapat mesej yang telah menyebabkan aku rasa tak layak untuk tinggal dan bekerja di Masjid ini..aku rasa macam tak mampu jer nak bekerja disini..dengan nekad nya aku menghantar mesej ini kepada boss aku?

'' kalau macam ni ana balik ke JAWI semula rasa itu cara terbaik dan rasa ana tak layak duduk kat cni...btw diharap us. pertimbangkan cadangan ni dan ana sedia dipindahkan semula ke JAWI''

selain itu aku pun turut membalas mesej die yang lagi 1? memang dah nekad giler dah ni..ape nak jadi pas ni aku pun tak kesah..

'' Us. buatlah surat pindahkan ana ke JAWI eh..n than carilah orang yang betol2 komited nak jadi bilal masjid ni..saya rasa macam x layak jer..btw thanks d atas teguran tu..nk pindahkan ana 24 jam pun tak pe ''

selepas itu aku menelefon seorang hamba Allah yang memang jauh die tinggal sahabat karib yang sentiasa menunggu panggilan telefon dariku..sory eh dah lama tak call..bz skit..ceritalah apa yang aku alami pada pagi ni dan akan menjadi ingatan sampai bila-bila.Dan ia cuba untuk memberikan ku kekuatan untuk menempuh dugaan ni dan berfikir tentang keputusan yang aku telah lakukan.Dia meminta akan aku tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang berlaku dalam bulan puasa ni. Die memang best dan budak pandai macam2 cara die buat supaya aku hepi. Tiba-tiba ia memberi pendapat bahawa minta kepada orang tua ku..diantara mesej yg bleh dishare dgn pengunjung-pengunjyng blog ni ialah

'' ok..btw, tbhkn hati k.''...itulah kata-kata hikmah dari seorang sahabat

aku pun telefon ayah ku dan meluahkan apa yang aku rasa dan patut dibuat dia nasihatkan dan memberi pendapat yang berguna untuk ku...ia meminta supaya aku berfikiran terbuka dan ubah sikap..p bila fikir-fikir balik kan macam ada hikmahnya bak kata hamba Allah tu...ras-rasa mcm nak balik kg..tengok lah keadaan.btw thanks to my frenz and my dad give me support..

wallahua'alam..

Wednesday, September 9, 2009

Cinta Tanpa Perantara

Orang-orang yang berkasih kasihan di jalan Allah,
Apabila bertemu lalu akan jelas menjelaskan satu sama lain,
Untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin

" Ketahuilah, ada cinta yang tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal tapi ia tetap suci dan menyucikan "

Seperkara yang menarik untuk difikirkan ialah, apakah dengan mencintai Allah kita dihalang daripada mencintai yang lain? Mari kita perincikan persoalan ini..

Cinta Allah tiada batasannya. Itulah cinta yang utama. Menyusul kemudiannya cinta-cinta yang lahir hasil daripada sama-sama mencintai-Nya atau jalan-jalan untuk mendapat Cinta-Nya. Cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah terpuji, kerana cinta itu memang berisikan cinta kepada Allah. Justeru, nabi Muhammadlah yang membawa kita mengenal dan mencintai Allah. Begitu juga cinta kepada orang berilmu dan bertaqwa, kerana mereka adalah individu yang mengenalkan kita kepada Allah. Begitu juga cinta kepada orang yang berilmu dan bertaqwa, kerana mereka adalah individu yang mengenalkan kita kepada Allah.

Oleh itu, apa sahaja dan siapa sahaja yang boleh menyampaikan kita kepada cinta Allah sewajarnya dicintai juga. Begitulah segala sesuatu yang diperintah oleh kecintaan ( Allah ) adalah dicintai juga. Begitulah segala sesuatu yang diperintah oleh kecintaan ( Allah ) untuk dicintai...umpamanya, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, cinta keoada isteri/suami dan cinta kepada sahabat. Semua ini termasuk cinta kepada Allah jika didasari dan dikawal oleh akidah dan syariat serta menepati nilai-nilai akhlak islamiah.

Wallahua'lam..

Program Bantuan Ihya' Ramadhan Bersama Nisa' Wangsa Maju

Untuk makluman pengunjung blog al-hazwan ini, bahawa Masjid Usamah Bin Zaid ( seperti gambar di atas ) akan mengadakan Program Bantuan Ihya' Ramadhan bersama dengan Nisa' Wangsa Maju seperti butiran berikut:

Hari : Sabtu

Tarikh : 12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430H

Tempat : Dewan Serbaguna Masjid Usamah Bin Zaid

Program ini akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga waktu berbuka puasa..Sahabat-sahabat sekalian dijemput hadir bagi memeriahkan program ini ( Jangan risau makanan disediakan ) Diantara pegisiannya ialah akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran gaya Malaysia, Pemberian Bantuan Ramadhan kepada sesiapa yang berkelayakkan serta kuiz agama tidak kira semua lapisan masyarakat dan umur.

Wallahua'alam...

Cara-cara untuk memilih sahabat

Nasihat Al-Qamah :
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah sahabat baginda Rasulullah S.A.W kepada anaknya :

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, Jikalau ia melihat kebaikkan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan dan menyebutnya

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya

Keempat
Pilihlah sahabat jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia sukam membantu meringankanmu dan menghiburkanmu

Kelima
sahabat jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
" Sucikan 4 Hal dengan 4 perkara : Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir dengan penciptaanmu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada zat yang memilihmu.."

Wallahua'alm

Tuesday, September 1, 2009

Pertemuan singkat

aku tidak menyangka ramadhan ke 10 adalah pertemua paling singkat didalam sejarah bersama insan bernama kekasih yang ketika itu sedang bekerja. Sebelum ingin pulang kerumah aku mengambil masa 10 minit untuk bertemu dengannya. Masa itu aku macam tak percaya jer bila aku ajak dia bertemu seketika kerana ia adalah pertemuan terakhir sebelum ia melangkah ke arah pekerjaan kelak dan entah jumpa atau tidak selepas ini dan hanya berhubung dengan telefon bimbit sahaja selepas ini..aku harap apabila ia posting nanti ia akan beroleh kejayaan dan apa yang dia inginkan di dalam kehidupannya..insyallah

Adakah ini permulaan sebuah kehidupan??bersama insan bernama kekasih..kepada sesiapa yg menjadi pengunjung tetap blog dr.Cinta ( putra al-amin ) doakan semoga beroleh kejayaan di dalam mengejar cinta abadi dan hakiki...semoga sahabat berdoa untuk ana...amin ya rabbal alamin

wallahua'alam