Tuesday, August 25, 2009

Pengalaman Ramadhan

Alhamdulillah sebuah perkongsian kisah dan kehidupan insan bernama putra al-amin buat pertama kalinya berpuasa dan mengahayati suasana ramadhan di Masjid. Walaupun tidak pernah terfikir di akal fikiran dan apa yang akan terjadi semuanya adalah daripada Allah yang maha agung.

Malam Ramadhan
Setelah hampir setahun bertugas dan menjalani kehidupan di Masjid, buat pertama kali di dalam sejarah, telah diberikan amanah sebagai pembuka tirai untuk tugasan bilal tarawih..hati pada ketika itu berdegup-degap,peluh bercucuran bagaikan tsunami,gugup yang melampau menyebabkan kaget belaka..almaklumlah tarawih pertama Masjid. Hatta Ketua Imam pun menggigil tangannya apabila memberikan ucapan alu-aluan pembuka tirai tarawih masjid ini..walaupun baju ini basah semuanya tetapi berpuas hati kerana berjaya menyelesaikan tugasan tersebut.

Sahur Pertama
Pada malam itu tidak dapat tidur lena kerana tinggal berseorangan takut tidak sempat menunaikan ibadah sunat iaitu bersahur..tinggal berseorangan macam-macam perkara boleh terjadi. Tahun ini bersahur berseorangan dgn hanya 3 biji kurma dan segelas air. Hikmah peristiwa ni sebenarnya mengajar erti berdikari dan mengurus hidup sendiri sebelum noktah menjadi seorang suami..Insyallah

Berbuka Pertama
Berbuka pertama hanya di rumah semata-mata nak mencuba dirumah dahulu..sebelum-sebelum ni bersama keluarga tercinta..btw berkorban demi tugasan.

by the way berpuasa dan menyambut ramadhan di masjid, tidak sama menyambutnya di pejabat atau dirumah..bayangkan manusia yang datang dgn pelbagai ragam dan perangai dapat kita lihat..tapi bagi aku best berpuasa di masjid..semoga is menjadi kenangan yang kekal abadi dan tidak akan dapat dilupakan nanti apabila aku berpindah ke tempat lain

No comments:

Post a Comment