Friday, October 22, 2010

Permulaan bahagian 2

Apabila tiba di traffic light rumahnya hatiku mulai berdegup-degup almaklumlah majlis pertunangan yang akan mengubah status dan cara hidup ku bersama dia. Menjengah di pintu halaman rumahnya telah ramai insan yang bernama saudara mara telah lama menunggu kedatangan family dan diriku untuk memenuhi langkah pertama sebelum ke lembah perkahwinan. Dengan meninggalkan familyku mengikut adat melayu mereka menuju ke rumah bakal tunangku.

Diriku bergerak ke tempat lain bagi memudahkan family dengan saudara mara yang lain menguruskan perkara yang selebihnya. Sempat menerima SMS dari die

" Abg, takut la..." daku membalas " jangan risau eh...rileks jer xdape..memangla rasa segan dan malu akan menyelubungi diri tetapi ada hikmahnya..

sambil menunggang kuda personaku ke tempat yang dinamakan BCB rasanya kalau tak silap yang memang agak berdekatan dengan stesen bas utama di daerah kluang tersebut. Saje je memusing-musing didalam pasaraya yang umpama hidup segan mati tak mahu itu mencari-cari perkara yang boleh mendamaikan jiwa kerana sebuah kerisauan.. sedang memusing-musingkan dengan berjalan-jalan mengilingi pasaraya, menerima panggilan telefon daripada saudaraku yang digelar along atau nama sebenar ( Nazri ) dengan nada begini :

" Mi , ko kat mana?? " nada cuak dihati
" ada kat bandar ni hah..duk pusing-pusing kat shoping complex ni nape ?? "
along hak tui " dah2 meh datang sini dah setel dah semuanya "
aku cemas sekejap " awat cepat sangat..macam tak percaya jer"
along mencelah di telefon " dah2 cepat skit...."

Ye la macam tak percaya jer akan secepat begini...biasanya jika mengikut pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat seperjuanganku biasanya akan memakan masa yang lama..Majlis ni tak sampai pun 45 minit telah selesai semuanya. pelik tapi benar...kadang-kadang apabila teringat kisah tersebut senyum di hati melebar selamanya..

Dengan jalan cepat ke kuda tunggangan terus ke rumah sambil menerima panggilan daripada ayahku sendiri yang berkali-kali bertanya kat mana ni???

Setibanya dengan jantung yang berdegup-degup

No comments:

Post a Comment