Tuesday, October 5, 2010

Satu Permulaan

Salam syawal dan salam kemaafan dariku insan yang bernama putra al-amin terutama kepada pengunjung setia blog ini walaupun diri ini jarang mengemaskini cerita tentang diriku dan bahan-bahan ilmiah untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat.

Alhamdulillah perancangan yang telah diaturkan daripada awal tahun untuk direalisasikan pada bulan disember akhirnya bermula pada masa yang terlalu awal pada 18 september 2010 apabila diri ini telah berjaya meletakkan sebelah kakinya untuk menuju alam perkahwinan. Diri ini tidak menyangka perkara ini berlaku dengan terlalu pantas kerana mengikut perancangan masih jauh lagi untuk ku menempuhi alam ini. Daku masih teringat kata- kata yang terungkai daripada kalam ayahandaku sendiri yang meluahkan supaya diri ini melangkahkan sebelah kakinya dengan kadar segera. Masih tergiang -giang lagi katanya pada bulan ramadhan yang lalu sehingga menyebabkan diri ini semangat untuk menempuhnya. Perancangan Yang Maha Esa tidak kusangka dari benak fikiranku didalam tertanya-tanya entah dimana diri ini ingin mencari rezeki lebih untuk merealisasikannya.. Allah mempermudahkan segala urusanku walaupun diri tidak mampu sebenarnya pada ketika itu.

Perbincangan dengan ibu dan ayah yang sentiasa mendorong akhirnya daku berani menjejakkan kaki ku untuk menemui umi dan abinya untuk meluahkan rasa hati dan keinginanku untuk membawa sirih junjung kerumahnya pada hari tersebut. Bermulanya langkah dengan meminta pendapat orang tuaku mengenai hasrat dan adab-adab yang patut diri ini lakukan demi kebahagiaan pada masa depan.Sebelum ini ada memberitahu hajat dihati kepada puteri yang ingin disunting demi mencari sebuah mehligai kasih. Kemungkinan kedatanganku ini bagi merasmikan perkara tersebut. Perancangan disusun atur bagi memudahkan urusan dan pergerakkan. Jika ditanyakan hati gerenti cuak dan gigil dibuatnya bukan mudah untuk jadi seorang yang gentlemen jika tiada keberanian mimpi tidak akan bermakna.^_^...akhirnya lafaz rasmi ku ungkapkan dihadapan orang tuanya disaksikan oleh puteri tersebut.

Pagi yang hening tetapi pada malam tersebut tidak dapat ku lena kan tidurku sehingga pagi kerana keesokkannya hari bersejarah didalam hidupku.Menunggu pak cik dan mak cik yang dijemput khas untuk menjadi perantara kedua-dua keluarga menjadi tunjang utama selepas ini. Ibu sempat menggoreng cekodok untuk dibuat santapan pagi sambil orang-orang lama mencoret dan mereka-reka pantun sebagai permulaan. Hasrat dihati ingin ketawa tetapi kerisauan yang lebih ku pentingkan. Bergerak dengan dua buah kereta sebuah persona dan unser milik keluargaku menyusuri jalan menuju ke pagoh seterusnya menjalar di lebuhraya menuju ke Kluang. Ditemani didalam keretaku alonga hak tui dan amni dan azani didalam kereta. Hati memang la merasai sedikit kecuakan walaupun baru majlis pertuangan yang biasa.

Sampai pada pukul 10.30 di bandar kluang menunggu sahabat baik ayah yang agak kelewatan sehingga 10.55. Sedikit merungut ayahku kerana ayah seorang yang menepati masa atas faktor jiwanya sebagai askar didalam skuad khas. Sesampai di lampu isyarat menuju ke rumahnya sempat SMS dan memberitahu daku akan tiba sebentar lagi.....

No comments:

Post a Comment