Monday, November 8, 2010

Pengalaman menangkap cicak termahal didunia

Pada malam sabtu bergerak dari masjid kira-kira hampir pukul 12 telah terjadinya projek untuk merubah hidup sendiri dengan kawan-kawan yang meneruskan kehidupan. Kebetulan pada malam tu ada majlis perpisahan us. zahir yang telah menamatkan tugasan beliau sebagai bilal di masjid usamah ni.

Pada masa itu, adik dan kawan-kawan seramai 5 orang menuju ke Kampung Sg. Buaya di Rawang, Selangor. Pada jam 12 tengah malam dengan keadaan yang sunyi sepi umpama berada di tengah-tengah hutan menyusuri kampung tersebut.

Hujan renyai bak gerimis bersama-sama kami untuk menuju ke tempat yang dituju.. Memang sunyi sepi bak solok berdentum bak kata orang melaka. Kampung yang jauh dari kesibukkan kota seperti di wangsa maju amat menyeramkan dan mengasyikkan. Tiba di rumah Bob mail hampir 1230 tengah malam.

Sempat menyapa si Bob mail " Wei, betol ker rumah ko ni bro??, awat ke dalam rumah ko?? " dengan termengah-mengah Bob Mail berkata " Betol mi, ni la rumah aku, ko jalan depan skit ada tanah wakaf perkuburan, adalah 20 meter dari rumah aku. " Helmi merupakan bekas pengawal keselamatan di masjid usamah yang off pada hari tersebut menyampuk " meremang bulu tengkuk aku ko cakap macam tu mail.....semua senyap seketika.

Didalam suasana hening kedengaran suara ahli keluarga mail yang masih belum tido dan masih riuh rendah umpama berada di pasar malam..segan pulak nak masuk rumah dia kerana mereka masih belum menidurkan diri mereka. Hendak memulakan projek pun amat segan dibuatnya.

Mail telah terus masuk kerumah bersama beg galasnya dan berbual dengan familinya buat seketika dan terus memanggil..." mi meh sini ko tengok kat celah kayu ni hah, ada tak ?? " sambil tangannya menyuluh ke tempat tersebut. Memang ada kawan-kawan cicak tu bukan macam cicak yang selalu kita nampak dirumah tetapi badannya mempunyai pelbagai warna. ada yang warna emas dan ada juga yang bertompok-tompok berwarna merah. Dengan segera berusaha untuk menangkap kalau duduk tak buat kerja pun sampai bila nak siap kan. Dengan menggunakan pelbagai peralatan tradisional dan moden yang sempat ku capai dimana-mana sahaja..Nak tergelak dibuatnya almaklumlah pertama kali mencuba. pelbagai skill yang dapat dilihat sampai mengantuk-mengantuk dibuatnya.hehehe

thanks of lot to my frenz adik razan, helmi, nan, bob mail sebab sudi berjuang sehingga keletihan dibuatnya..btw nantikan percubaan kali kedua dan diceritakan disini nanti insyallah.....

No comments:

Post a Comment