Monday, April 20, 2009

Tinta Seorang Bilal Bahagian2

Pada kali ini ana akan menyambung cerita "Tinta Seorang Bilal Bahagian 1"...sebelum itu ana ingin memperkenalkan sahabat-sahabat bilal yang lain iaitu us. zahirudin dan us. nashul...terlupa nak coret tentang mereka di bahagian 1. Pada hari raya aidiladha tersebut tercatat sejarah bahawa Masjid ini hampir penuh buat pertama kalinya. Keadaan pagi yang hening dan dipenuhi dengan kenderaan di ruang masjid. Tempat ana tidak diadakan ibadah korban,InsyAllah tahun 2009 ini akan diadakan. Ramai jemaah yang bertanya mengenai hal tersebut..banyak lagi cerita ketika menyambut aidiladha...ada juga sahabat ana yang tidak pulang ke kampung mungkin cuti terlalu singkat membataskan penggerakkan...ana tidak sangka yang ana bertugas pada hari raya tersebut sebab terkena giliran.

Program Masjid yang pertama iaitu Program Jom Ziarah Masjid yang diadakan ketika ana kena berkursus induksi khusus di Genting Highland...walaupun ana kena berkursus tetapi di atas berkat kesefahaman oleh us. Murshidi dan sahabat-sahabat yang lain..alhamdulillah berjaya disempurnakan.Sebelum program tersebut ana bertungkus lumus bersama-bersama menjayakan program tersebut. Tidak lupa kepada my Bro Us. Mad Noor yang bersama-sama di dalam utusan semboyan kepada jemputan. Pada mulanya risau juga nak pergi ke Genting Highland, tetapi di atas arahan JAKIM ana pergi jua.

Ana bergerak ke JPM untuk berkursus bersama-sama anas ke putrajaya dengan menaiki motorsikal kapchai EX5 PDY 526 sesampai nya disana ana berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama lapor diri di JAKIM dahulu...berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sama-sama sesat di PPA Jelebu, Negeri Sembilan.......alahai sambung lagi dah

No comments:

Post a Comment