Sunday, August 30, 2009

Kepulangan di bulan ramadhan

Kali ini ana dapat peluang untuk pulang ke kampung halaman setelah berbincang dgn boss masjid usamah bin zaid yg menetapkan kami akan pulang bergilir-gilir bagi memudahkan segala urusan masjid sepanjang bulan ramadhan..bagi mengambil masa lapang untuk berbuka puasa bersama family tercinta kerana kami tidak akan pulang semasa hari raya nanti atas urusan kerja..begitulah kerja di masjid..memerlukan banyak pengorbanan demi staff-staff ana yang lain..

Pada hari jumaat selepas solat tarawikh setelah membantu org paling kelakar iaitu us.nashul didalam solat tarawih dan bertadarus al-quran di dalam surah al-a'raf sehingga habis aku telah mengambil keputusan untuk pulang pada pukul 3 pagi atas dasar untuk mengelakkan jem lalu lintas almaklumlah balik ketika pulang kemerdekaan. Macam biasa morey bersama sahabat-sahabat pada jam 12 malam dan sempat berbual dengan salah seorang Pak syeh Arab yang bernama syed. Aku kagum dengan dia kerana dia seorang yang sempoi walaupun berjumpa hanya pada time tadarus sahaja..aku faham bahawa bulan Ramadhan adalah bulan merapatkan ukhwah selain berlapar dan dahaga serta melakukan ibadah yang lain

Pulang macam biasa berehat-rehat sehingga tertidur..jam 3.45 pagi selepas menyegarkan diri untuk pulang ke kg halaman dgn kereta ferrari menuju ke kg..punyer la best jalan seolah-olah sehingga 180km sejam aku memecut kereta ku..tibe2 teringat waktu sahur..ape lagi menyinggah la di 7 Elevan di kg ayer molek..beli 2 buku roti dan sebotol air mineral rasa-rasanya pukul 5.30 labih kurang...dgn cepatnya minum dan makan..sesampai jer dirumah semua sudah bangun rupanya..betol-betol dah masuk solat subuh..singgah dulu jumpe family dan adik-adik yg semuanya ada..

Aku sempat menyinggah bersolat subuh di masjid kg ku dan betapa terkejutnya kubah nya begitu kecil sekali..subahanallah..pada pagi tu jemaah dalam lingkungan 10 orang sahaja kebanyakkannya orang yg lama-lama sahaja..itulah ia dunia akhir zaman...btw aku bersyukur diberi kemudahan untuk selamat sampai ke rumah..

No comments:

Post a Comment