Wednesday, September 9, 2009

Cinta Tanpa Perantara

Orang-orang yang berkasih kasihan di jalan Allah,
Apabila bertemu lalu akan jelas menjelaskan satu sama lain,
Untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin

" Ketahuilah, ada cinta yang tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal tapi ia tetap suci dan menyucikan "

Seperkara yang menarik untuk difikirkan ialah, apakah dengan mencintai Allah kita dihalang daripada mencintai yang lain? Mari kita perincikan persoalan ini..

Cinta Allah tiada batasannya. Itulah cinta yang utama. Menyusul kemudiannya cinta-cinta yang lahir hasil daripada sama-sama mencintai-Nya atau jalan-jalan untuk mendapat Cinta-Nya. Cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah terpuji, kerana cinta itu memang berisikan cinta kepada Allah. Justeru, nabi Muhammadlah yang membawa kita mengenal dan mencintai Allah. Begitu juga cinta kepada orang berilmu dan bertaqwa, kerana mereka adalah individu yang mengenalkan kita kepada Allah. Begitu juga cinta kepada orang yang berilmu dan bertaqwa, kerana mereka adalah individu yang mengenalkan kita kepada Allah.

Oleh itu, apa sahaja dan siapa sahaja yang boleh menyampaikan kita kepada cinta Allah sewajarnya dicintai juga. Begitulah segala sesuatu yang diperintah oleh kecintaan ( Allah ) adalah dicintai juga. Begitulah segala sesuatu yang diperintah oleh kecintaan ( Allah ) untuk dicintai...umpamanya, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada guru, cinta keoada isteri/suami dan cinta kepada sahabat. Semua ini termasuk cinta kepada Allah jika didasari dan dikawal oleh akidah dan syariat serta menepati nilai-nilai akhlak islamiah.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment