Monday, January 25, 2010

Bermulanya Sebuah Perjalanan

Selepas menerima mesej dari seorang teman yg pernah mengenali diri ini, daku terima kepasrahan dan keredhaan dari ilahi kerana ia bukan takdir jodohku walaupun diriku pernah menyayangi dirinya walaupun ramai yg meminati diri ini untuk dijadikan diriku sebagai seorang suami. Alhamdulillah Allah memberikanku nikmat kesetiaan kepada seorang sahabat yg bernama wanita.

bukan mudah ingin setia kepada seorang wanita sebenarnya ketika ramai insan mengenaliku dengan sifat peramah dan giler-giler ku. Ada insan yg ingin menganggu gugat kesetiaanku kepadanya..akhirnya Allah mengujiku dengan pelbagai rintangan dan dugaan serta serangan yg bertubi-tubi. Bukan daku tidak kuat, tetapi kehendak orang tua yg mementingkan kebahagiaan anaknya telah menyebabkan daku berfikir sejenak kepada sebuah perhubungan ini..

Istikharah!!! doa dan pelbagai lagi cara yg diajarkan oleh para-para ulama' dan fuqaha' didalam soal mencari jodoh amat dititikberatkan. Menarik minat ku apabila ada salah seorang users iluvislam.com memberi cadangan diadakan baitul muslim di tanya dr.cinta itu. cadangan yg amat bernas tetapi memerlukan perancangan yg amat telus dan terpeinci.

berbalik kisah tadi..betol kata arwah nenenda ku bahawa restu kedua orang tua amat penting didalam soal perhubungan dan jodoh..seperti yg berlaku dimana-mana tidak kira didalam cerita melayu tentang mertua tidak menyukai menantu dan sebagainya. itu juga adalah aset penting didalam kehidupan

kini..daku lebih tenang dengan perjalananku kini...daku berdoa agar ku dipertemukan jodoh yg sesuai dan memahami diri ini...usaha pencarian bermula...dimanakah ia??

wallahua'alam

No comments:

Post a Comment