Wednesday, January 27, 2010

Kenangan Terindah.....

coretan sebuah kisah yg mengimbau kembali kenangan-kenangan disebalik mencari keredhaan ilahi didalam sebuah perhubungan. Bermula dengan buntunya mencari Cinta manusia, kadang-kadang terlupa mencari cinta yang diredhai ilahi. Tidak ramai manusia yang mempunyai hasrat untuk mencapai mardhatillah didalam cinta.

Perkenalan bermula dari orang tengah yg mahukan kebahagiaan jiwa dan laraku agar dapat membimbing sebuah persahabatan yang akan menjangkau ruang hati teman hidup pada masa hadapan. Epik perkenalan yg bermula dengan pekerjaaan yg penuh ranjau onak dan duri serta diakhiri dengan sebuah pekerjaan yang menenangkan jiwa di Masjid ini.

Kebiasaan seperti pasangan-pasangan lain pastinya dating dan couple adalah perkara yg lumrah bagi mereka yg tidak mengetahui mencari ketenangan didalam cinta yg diredhai ilahi. dahulu bagi daku ia adalah sebuah kenangan terindah..sejak mengenali iluvislam.com banyak luahan rasa dan artikel-artikel mencari cinta yg diredhai...ini namanya hidayah ilahi tentang cinta yg dicari. Niat untuk membantu user-user di iluvislam.com ini adalah sebuah kenangan yg terindah yg mungkin tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana niatku supaya umat manusia dan islam ammnya tahu apakah itu cinta yg diredhai dan daku tidak mahu ada manusia yg membunuh diri tentang cinta, berduka tentang cinta kecewa kerana cinta. Bukan mudah untuk melupakan cinta kerana ia adalah fitrah manusia. tetapi kita mesti tahu norma-norma cinta

Bagi daku cinta tidak dapat dielakkan..tetapi perlu dikawal dengan batas-batas agama islam...daku mencari insan bernama kekasih untuk suri hatiku....

No comments:

Post a Comment