Wednesday, April 1, 2009

Tinta Seorang Bilal Bahagian1

Dahulu ana rasa macam susah hendak menjadi seorang bilal..tidak pernah terfikir pun akan bekerja seorang bilal...macam mana agaknya kerja bilal ni....dahulu ada khabar - khabar angin kata ada kekangan dan dugaan..bagi ana semua insan akan menerima dugaan dan cabaran tetapi bagaimana seseorang insan itu mampu untuk menerima dugaan tersebut.



Tersebut sebuah kisah yang ana rasa nak kongsi dengan para sahabat betapa mulianya menjadi seorang bilal masjid..bukan untuk menunjuk tetapi sebagai pendedahan dan realiti kehidupan ini..



Tanggal 16 Oktober 2009 azan pertama Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju kedengaran pada waktu maghrib menyebabkan pagar masjid tersebut bergegar pada waktu tersebut menurut pengawal keselamatan disitu. ana tidak pasti sama ada Jin atau Syaitan, tetapi itu semua adalah kerja Allah S.W.T. Maka bermulalah revolusi didalam diriku yang akan mengubah segala persoalan dan kebolehan diriku ini..mungkin Allah telah mengerakkan hatiku untuk berkhidmat di masjid ini.Ana dan Ketua Imam Us. Murshidi datang kesini di atas kepercayaan pentadbiran JAWI. Pada malam itu daku berkenalan dengan Imam Ratib(pembantu Imam ) iaitu us. Khuzairi, Us. Ihsan dan Us. Mohammad. pada masa itu aku belum mempunyai pembantu lagi.

Pada malam itu, bermulalah pertemuan pertama bersama-sama dengan jemaah disini yang tidak sabar-sabar menunggu pembukaan masjid ini setelah 5 tahun menanti menurut jemaah disini. Ana ber taaruf bersama dengan para jemaah yang rata-rata golongan pertengahan dan sebagainya.ana dapat melihat keriangan dan harapan di wajah jemaah-jemaah disini terhadap masjid ini. Buat pertama kalinya ana terpaksa bertugas secara berterusan selama seminggu dari waktu subuh hingga ke isyak..subahanallah betapa letihnya tetapi apa kan daya kerana tanggungjawab dan kewajipan sebagai pendakwah ana gagahkan ati walaupun kadang-kadang masa untuk ku berehat agak terbatas ketika itu.Walaupun letih tetapi alhamdulillah fdapat dijalankan dengan jayanya.

Selepas 2 hari..hari jumaat pun tiba, seperti biasa bagi golongan adam yang muslim semestinya ingin menunaikan kewajipan iaitu mengerjakan solat jumaat.,ana menggigil ketika itu sebab tiada pengalaman untuk mengedalikan solat jumaat. pada ketika itu ketua imam memberikan pandangan bersembahnyang Jumaat ala Masjid Negara...lega rasanya beliau berkata begitu. Pada ketika itu jemaah tidak telalu ramai almaklumlah Masjid baru dibuka...tetapi lama kelamaan ianya menjadi ramai...hari berganti hari..maka raya aidiladha pun menjelang tiba..bua pertama kali ana tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut hari raya tersebut bersama-sama dgn kawan dan keluarga di kampung..itu nama nya cabaran pada pagi tersebut ana telah menyarung jubah rasmi untuk bertugas pada pagi itu..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hendaknya....sebenarnya panjang lagi kisah ini...nantikan kemunculan bahagian 2

No comments:

Post a Comment