Monday, July 19, 2010

Huruf Hijaiyah Nasheed with lyrics

Semalam ada seorang sahabat share lagu yang patut untuk anak-anak kita..atau untuk insan-insan untuk mengenal huruf-huruf didalam al-quran...jom dengar sama-sama yer

Sembelih manusia...kui kui kui

Kursus Penyembelihan dan Pengurusan Halal

Pada hari sabtu 17 julai 2010 lepas bersama geng-geng yang bekerja di Masjid telah pergi ke masjid Ibnu Sina Titiwangsa menghadiri kursus tersebut...hampir 100 orang menyertainya yang melibatkan 80 ekor ayam telah menjadi korban pada hari tersebut. Pelbagai ragam dan telatah yang dapat dilihat pada insan-insan yang berkursus serta ragam ayam yang akan disembelih. Macam-macam ragam ayam sampai sesetengah ayam tu ada yang kecut perut melihat pisau-pisau yang amat tajam untuk disembelih..

bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri hampir jam 3.30 petang.Best jugak dapat gi kursus tersebut yang mengajar bagaimana ingin mengetahui keadaan ayam itu disembelih serta penghalalan ayam yang disembelih. Kadang-kadang kita sebagai pembeli hanya tahu makan tetapi tidak pandai memilih. betol kan...??? selepas ini dinasihatkan kepada sahabat-sahabat pandai-pandai la memilih ayam yer...

tu die pak remy sedang menyembelih tu ha bersama dengan salah sorang peserta kursus



Bersama us. khirwan ( imam masjid muadz ) di banner yang disediakan..us,pakai jeans tu..rock x ustaz ni??? ^_^



diantara peserta wanita yang turut serta mempelajari ilmu sembelihan ini...


terima kasih kepada kawan-kawan seangkatan di masjid ibnu sina yang bekerjasama dengan masjid jameul ehsan untuk menjayakan program ini. best dapat join...^_^kawan-kawan semua dah pandai sembelih...jom la cari ilmu ni..x rugi belajar ilmu sembelihan ini kerana ianya memberikan banyak manfaat...

wallahua'alam...



Friday, July 16, 2010

Kena Exam ...................bahagian 2

Nak berjumpa Shah Azri...die orang kuat imam besar masjid negara...biasa la bilal negara kan sentiasa sibuk

berbalik kisah xzam yang berlaku semalam merupakan hari terakhir dan benda yang paling aku benci kat dunia iaitu kena temuduga...punyalah ramai kena turn petang pulak tu...tension kepala aku. nasib baik tak gi tumbuk urusetia xzam JAKIM tu kerana main potong-potong plak....suka-suki jer main tukar-tukar.

masuk lah ke dalam bilik walaupun mengantok dan bosan tunggu kat perkarangan masjid negara tu maklumlah dah lama menunggu ingat plan nak gi berolkan racket badminton aku...p perancangan Allah lebih baik sebenarnya. masuk ke dalam bilik interview dengan suasana yang sejuk dan berdepan dengan orang-orang hebat dihadapanku yang merupakan manusia dari kalangan pegawai-pegawai JAKIM..takut jugak...bermula dengan bacaan al-quran, tajwid, khutbah dan hafazan al-qurean serta sedikit soalan agama yang aku tak dapat jawab..adei sedihnya tak dapat jawab almaklumlah dah terlupa kan masa itu..sedangkan aku tahu jawapannya..xpe ada hikmahnya dan sempatlah kedua-dua panel memberikan kepadaku ilmu yang akan membuatkan daku tidak terlupa dan sentiasa bersedia pada masa hadapan..jika Allah belum mengizinkan daku naik pangkat dengan cepat insyallah aku akan cuba pada masa lain. Tapi rugi pula rasanya mengambil banyak kali....

pulang dengan kepenatan pada jam 4.00 petang ke rumah lalu singgah ke pejabat dengan keletihan kerana waktu menunggu yang telalu lama..hai..nape la lama sangat menunggu ni..
tidak dapat dilupakan bertemu dengan sahabat-sahabata seperjuangan dari negeri lain yang sanggup datang bagi mencuba nasib mereka sebenarnya. ada telah mengambilnya banyak kali dan ada yang sanggup membawa suami untuk menemani isteri mereka.. romantik abang tu ikut isteri pergi interview dan menunggu...

makan pun belum pada masa tu..balik2 jer singgah di rambo untuk menghilangkan lapar..alhamdulillah dengan rezeki allah kenyang gak....daku pulang dan terus tertido...mengantuknya.....terima kasih ya ALLAH memberikan kepadaku nikmat tidur...amin

wallahua'alam...

Tuesday, July 13, 2010

Kena Exam..............bahagian 1

Alhamdulillah.mendapat surat panggilan xzam daripada JAKIM pada 12 hingga 15 Julai 2010 di Masjid negara...Peperiksaan yang telah terlepas pada tahun lepas menyebabkan diri ini tekad untuk mengambil peluang pada tahun ini.peperiksaan naik pangkat ni maybe adalah salah satu cara untuk penghijrahan dari segi tugas dan tanggungjawab..

Dijadikan cerita almaklumlah dah lama x kena xzam berdegup-degup jantung ni macam nak gugur ye la tidak tahu soalan apa yang akan dikeluarkan daripada bebanyak buku yang dibaca dan dihafal yang keluar hanya 8 soalan sahaja.macam tidak adil kan..tetapi itulah lumrah peperiksaan kan...baca bebanyak yang kuar sedikit. Nak cerita pada hari pertama macam budak nak gi pejabat semula dengan berpakaian kemas bertuck in coz dah lama x tuck in kerja masjid kan..kita pakai ala raihan jer la...senang skit nak bergerak ke sana kemari...

bertolak dari teratak kondo ku dari masjid usamah bin zaid ke Masjid negara...parking2 jer bertemu sahabat-sahabat lama yang sama-sama melaporkan diri di JAKIM pada mula-mula kerja tempoh hari yang merupakan sahabat seangkatan ketika bersama-sama kursus di Jelebu negeri sembilan yang merupakan kumpulan yang pertama sesat didalam kursus tersebut.itulah ukhwah walaupun berjauhan apabila exam bertemu semula. sempat berbual-bual sebelum menjalani peperiksaan. berjumpa dengan us.sairol,zaki,abg rahman,abg rashid,us nasir,shahrin,wak dan ramai lagi kawan lama..sempat berjenaka dan berbincang tentang exam dan sebagainya serta meminta pandangan dan pendapat sahabat-sahabat lain...

nak berjumpa shah azri sahabat lama..tetapi belum berkelapangan....