Bila terfikir dan terkenang tajuk ini pasrah dan sedih sebenarnya, siapa bakal isteriku dan dimanakah dia...mencari dah jumpe, tapi nampaknya adakah jodohku dgn insan bernama kekasih akan berpanjangan atau akan musnah ditengah jalan..memang aku mempunyai kawan-kawan yang meminati dan menyayangi diri ini..adakah ibu dan family akan menerimanya??
Kadang-kadang bile terfikir soal jodoh daku menangis dan meminta kepada yang Maha Esa memberikan daku kekuatan akal fikiran dan mental untuk menempuhinya. Dimanakah jodohku..rupanya bagaimana? akhlaknya bagaimana? sesuai dengan diriku sedangkan manusia dijadikan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain...kesabaranku dan usaha sahaja yang akan ku teruskan dengan sokongan ilahi..Nampaknya kesabaran dan keteguhan iman dan taqwa sahaja yang mampu aku garabkan utk bekerja dan mencari rezeki walaupun hati ini ingin memiliki isteri yang solehah..
Adakah aku layak menerima isteri yang solehah?
adakah akhlak ku ini akan mendapat isteri solehah dan sentiasa menerima kebaikkan dan keburukkan? supaya aku menerima bisikan nurani untuk memiliki mahligai kasih yang sedang aku impikan...bila,masa dan ketikanya..semoga Allah memberi daku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini...
wallahua'alam
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tuesday, October 20, 2009
Thursday, October 8, 2009
Tanggungjawab dan Dipertanggungjawabkan
Satu perkataan yang kompleks, mudah difahami tetapi susah untuk dijiwai oleh semua manusia khususnya apabila diberikan sesuatu kerja atau amanah yang diberikan. Semakin besar dan tinggi jawatan yang diberikan maka besarlah tanggungjawab yang ia pikul. Kadang-kadang wujudnya kebaikkan kepada manusia dan rasa bertanggungjawaban di atas kerja yang diberikan. Adakah layak kita digelar khalifah di muka bumi ini??
Jika dirujuk di surah Al-Baqarah ayat 30:
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jika dirujuk di surah Al-Baqarah ayat 30:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ
مَا لَا تَعۡلَمُونَ٠
Terjemahan:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)
Cuba kita renungi maksud (sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya) itulah kuasa kepada yang Maha penciptanya yang telah memberikan kelebihan kepada manusia untuk mentadbir bumi hak milik Allah ini.Jadikan ia sebagai tanggunjawab yang besar yang memainkan peranan penting kepada kita sebagai manusia yang bergelar khalifah.
Tanggungjawab kepada kerja dan tugasan lain, kebanyakkannya dipertanggungjawabkan kepada kaum adam contohnya didalam urusan rumah tangga yang menjadi tunjang kebahagiaan di alam perkahwinan. Tetapi segelintir manusia tidak menghargai ikatan perkahwinan yang telah dibelanjakan ribuan ringgit untuk majlis perkahwinan dan pernikahan ahirnya kecundang ke mahligai penceraian. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan di dalam perkara ini? Dimanakah sikap tanggungjawab manusia? bercinta sebelum kahwin bagai nak rak tetapi kecundang akhirnya di alam perkahwinan.
Bagi sahabat-sahabat sy berpesan kepada diri sendiri dan sahabat yang lain hayatilah surah al-baqarah ayat ke-30 tersebut yang mencerminkan tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kepada manusia yang dilantik bergelar khalifah dimuka bumi ini
Bagi yang ingin mahligai kasih yang indah dikemudian hari belajarlah memahami keadaan sekeliling kerana ia mencerminkan keperibadian yang unggul di alam perkahwinan..sy tertarik kepada kata-kata hikmah Penasihat iluvislam.com akh Zahir:
CARILAH PERSAMAAN FAHAMI PERBEZAAN
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Friday, October 2, 2009
Hajat.....
Alhamdulillah berkat-Mu ya Allah telah membenarkan hajat-hajat ketika pulang ke kg halaman untuk menyambut eidulfitri bersama insan-insan yang aku sayang tercapai namun ada juga beberapa perkara yang tidak dapat dilaksanakan..tetapi aku bersyukur dengan keizinanMu ya Allah..
Sedikit perkongsian kepada pengunjung tetap blog ini mengenai cerita kehidupan putra al-amin sepanjang syawal. Buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupanku, aku tidak dapat pulang ke kg. halaman atas dasar urusan kerja yg diamanahkan di Masjid ini. Telah ditakdirkan oleh Allah dikehendaki bertugas selama 3 hari dari pagi syawal sehingga syawal ke-3, walaupun daku pasrah dengan semua ini, tetapi ahli keluargaku datang utk bersama-sama beraya bersamaku. Terpancar wajah keriangan ibunda,ayahanda, adik-beradik semuanya pulang menyambut syawal kali ini. Buat pertama kalinya daku tidak makan terlalu banyak menyambut syawal kali ini kerana pada tahun ini tidak semua rumah sanak saudara disinggah dan dijengah hanya menyampaikan salam kepada mereka. Semoga Allah mempertemukan kita kelak.
Raya ke-3 pulang selepas menjadi imam solat isyak..hati gembira tak keruan kerana akan menemui insan yang telah menjadi tulang belakang insan bernama kekasih. alhamdulillah berjumpa ahli keluarga dan adik dan kakak yang menjadi teman gurauannya pada keesokkannya. Hajat yang tidak kesampaian apabila tidak bertemu insan bernama kekasih ini kerana beliau telah kembali bertugas di Hospital Johor Bharu..Semoga Allah mempertemukan kami nanti. Hari raya ke-6 telah terlangsai segala hasrat dan tujuan untuk mengadakan doa selamat setelah aku disahkan jawatan didalam pentadbiran awam serta hajat ayah,manja dan ibuku tercapai semuanya. Kenduri ini telah dihadiri oleh sanak-saudara dan sepupu-sepupu yang menjadi teman gurauan dari kecil sehingga sekarang.
Bertemu sahabat karib yang istimewa sedang mengikuti pengajian di kolej kejururawatan pantai ayer keroh yang hanya berhubung didalam h/p dan ym pada malam sebelum kepulanganku ke Kuala Lumpur adalah pertemuan yang bermakna kerana ia telah menguatkan ikatan ukhwah dan persahabatan. Selain itu juga sempat juga bertemu sahabat karib dan adik yang telah ku kenal sejak 5 tahun dahulu yang sahabat yang telah menjadi teman gurauan dari zaman budak-budak dan sehingga sudah bekerja sekarang. Sahabat jauh diseberang laut yang menuntut di Institut Perguruan semoga sihat-sihat dan sejahtera hendaknya di sana. Wahai sahabat-sahabat sekalian Jaga Diri dan teruskan perjuangan yang sedang sahabat-sahabat hadapi sekarang. Kesihatan jangan lupa dan sentiasa menjaga hati agar tenang di dalam perjuangan. Daku meminta maaf kepada sahabat-sahabat di atas kekhilafan dan kekurangan daripadaku Maaf Zahir Dan Batin.
Kepada insan yang tidak dapat kutemui, ku harap teruskan perjuangan..sayang dan rindu u all semua kerana menjadi insan yang penting didalam kehidupan putra al-amin

Subscribe to:
Posts (Atom)