Wednesday, June 30, 2010

Bertemu Sahabat lama

Alahmdulillah semalam dapat gak bertemu sahabat lama yang sama-sama berjuang di Darul Falah suatu ketika dahulu. Sama-sama buat nakal dan sebagainya.Bak kata bebudak kat asrama member flee la..hehehe. Makin tinggi die skrg ni lalu sempat la masak dan menghidangkan makan malam dan menjemput die tido diteratak rumah ku. Dah buat bisnes rupanya. Sempat berkongsi dan bercerita mengenai bisnes dan berkaitan dengan masa depan.

Pelbagai cerita dan perkongsian yang diceritakan mengenai perjalanan kehidupan serta perubahan kepada dirinya yang memberikan sumber inspirasi. Konsep pembelajaran melalui pengalaman juga merupakan salah satu konsep yang tidak mudah dimiliki oleh setiap individu. Ia merupakan pengalaman yang nyata serta berlaku kepada peribadi manusia sendiri. Bagi manusia yang telah melaluinya ia merupakan perkara yang tidak mudah untuk dilupakan.

btw thanks akmal @ kemal yang sudi datang daripada UITM semata-mata nak mencari sahabat-sahabat lama yang sentiasa menjadi ingatan dan kenangan yang akan kekal abadi..thanks kemal..



berkepala botak memakai baju rumah sukan...heheh...akmal namanya...

Wednesday, June 23, 2010

Bersaudarakah kita.............

Anda kenal siapa saudara anda??
Anda pernah melihat, bersua muka, berkenal-kenalan serta menziarahi mereka??
Mesti jawapan kita semestinya akan mengatakan ia ataupun tidak..kadang-kadang pada waktu hari Raya Aidilfitri, Majlis Perkahwinan serta majlis-majlis keraian jika dijemput. Hanya segelintir sahaja yang akan menghadirinya. Teringat apabila pulang ke kampung pada hari raya ke-3 pada ketika itu bertanya pada seorang sahabat yang masih remaja umurnya.

" ko dah menziarahi saudara mara ko "si remaja berkata " buat apa nak pergi dah selalu jumpe di tepi jalan dah " kadang-kadang terfikir berseorangan apakah kemanisan yang wujud apabila sanak saudara yang berdekatan dengan berjauhan.Setelah berlaku kepada diri sendiri baru memahami bahawa yang berjauhan akan sentiasa bertambah manisnya....kawan-kawan pernah tak kalian berfikir bagaimana dengan saudara mara yang berdekatan yang sentiasa berjumpa..adakah kita sentiasa memperbaharui kemanisan atau membiarkan begitu sahaja tanpa mengedahkan sahaja....Seperti saudara mara yang tinggal sekampung bak kata orang tua... dari baroh sampai ke kuala tu hah saudara aku tu...kadang-kadang kita lupa bahawa kita jarang mewujudkan ukhwah serta kemanisan didalam perkara tersebut.

Bersaudarakah kita??? atau telah lupa mengenal saudara kita dan kadang-kadang ada dikalangan umat dan bangsa kita sendiri sampai sanggup merosakkan saudara sendiri. Amat menyedihkan bahawa satu keluarga sanggup menjalankan aktiviti haram seperti memproses dadah demi mengejar kekayaan duniawi..

teringat salah seorang us...telah memberikan kuliahnya diantara yang berbunyi " jika kita mengejar akhirat, insyallah dunia akan mengejar kita, Jika kita mengejar dunia maka akhirat akan meninggalkan kita...marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita samada kita mengejar dunia dahulu atau akhirat terlebih dahulu..Jom fikir sejenak

Persaudaraan...
Kisah Israel yang dikenali dengan kelaknatan dan kejahilan sanggup membunuh 9 sahabat kita di kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa serta mencederakan yang lain..dengan hanya membawa bantuan makanan bukan lagi bantuan senjata.. Siapakah mereka di palestin?? semestinya saudara mara kita kan??betol x?? berbalik kepada tajuk bersaudarakah kita. walaupun kisah ini telah lepas maka ingin mengingatkan kepada semua kawan-kawan mari berdoa hari-hari agar saudara kita disana diberi kekuatan dan kemudahan oleh Allah S.W.T..hanya doa sahaja sebagai pengubat rindu serta terharunya kepada saudara mara kita disana

" Ya Allah kurniakanlah kekuatan,kebebasan,serta kemudahan kepada saudara mara kami di palestin serta saudara-mara islam kami ditempat lain..amin ^^ "

wallahua'alam...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Alhamdulillah akhirnya berjaya...

Penat lelah keluar mengambil gambar masjid-masjid di Zon 4 ini.akhirnya sebagai kenang-kenangan berjaya menjadikan ia satu video yang akan menjadi tatapan dan pengubat rindu apabila ditakdirkan berpindah kelak. Cuma satu Masjid sahaja yang tertinggal kerana kekurangan keberanian apabila Masjid Solehin terletak di dalam kawasan kawalan pihak polis..Sekadar mengisi dan tetapan kawan-kawan apabila menyinggah atau ingin beribadah di masjid-masjid disekitar kuala lumpur ini.

Dimasukkan juga Nasihat Imam Hassan Al-Banna yang diambil dari satu website yang popular iaitu iluvislam.com serta peringatan untuk saudara-mara kita dipalestin. Semoga Diberi kemudahan hendaknya. Amin!!!! ^___________^


Tuesday, June 22, 2010

Mesyuarat Jerk hihihihi......

Tiap-tiap hari mesyuarat...sampai naik bosan jugak..hehehe.sekadar meluahkan perasaan..tapi nak wat macam mana dah arahan dan tugasan yang diamanahkan. Apabila Mesyuarat disitu juga wujudnya kerja-kerja..p yang menghairankan saya sendiri kerana kerjanya melibatkan pegawai atasan dan tidak melibatkan saya..sampai terkelu tidak tau ingin berkata apa-apa kepada ahli mesyuarat kerana kekurangan info dan sebagainya

Pengalaman dari menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai atasan walaupun status aku bertaraf kuli pun.... hehehe dapat gak merasai kehangatan menjadi seorang pegawai didalam sesuatu mesyuarat dan menjadi orang yang tersangat penting didalam mesyuarat..best la jugak dapat kenal orang-orang yang kecil tetapi besar pengaruhnya kepada masyarakat. Setelah menghadiri beberapa mesyuarat tidak kira pagi siang dan malam bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan mesti melalui syura terlebih dahulu sebelum memutuskan sesuatu perkara yang berkaitan.

Didalam sesuatu mesyuarat tiadanya pangkat dan gelaran kerana disitu yang berkuasa adalah pengerusi mesyuarat sahaja. Bebas meluahkan,perasaan, ketidakpuashatian kepada ahli-ahli mesyuarat. Diluar berkawan dan berjabat tangan semula...itulah pentingnya sesuatu mesyuarat. Selalu mesyuarat tentang perkara yang sama pun sebenarnya menunjukkan kelemahan sesuatu organisasi atau memantapkan sesebuah organisasi. adakah benar??? sama-sama kita menjaga struktur organisasi masing-masing demi kebaikkan semua.

wallahua'alam...

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Alhamdulillah Hari Bapa telah pun berlalu sebelum ini sudah melafazkan selamat hari bapa kepada ayahandaku semoga beliau sehat dan sukses selalu...Terima kasih kerana telah menjadikan diriku seorang manusia yang menghormati manusia lain serta memberikan tunjuk ajar mengenai sebuah kehidupan.Anakanda doakan semoga diberikan keberkatan dari Allah S.W.T ^___________^








lagu ini dikhususkan utk ayahandaku yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan dan usaha ku buat selama-lamanya.... I luv u dad... ^____________^ forever.

Lagu Yang Di sharing Oleh Us. Buluh ( Us. Rashidi )

Pada suatu malam ketika sedang menonton televisyen..pada ketika itu us. Rashidi telah membuka sebuah lagu arab yang amat meruntun jiwa..best sangat lagu ni kerana maksudnya yang amat mendalam. walaupun tidak berpeluang ke timur tengah tetapi dapat juga mendengar lagu arab ni



lagu ini dikhususkan kepada insan yang amat menyayangi diri iaitu bakal isteri Insya-Allah...semoga sukses selalu yer..amin...jangan tension-tension

Tuesday, June 8, 2010

IBADAH SEBAGAI PENYEMBUH HATI

Bismillahirrahmanirrahim
Salam Ukhwah kepada sahabat-sahabat sekalian...

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...semoga sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.
Bagaimana dengan percutian bagi sahabat-sahabat yang bercuti??
Bagaimana dengan pekerjaan bagi sahabat-sahabat yang sedang bekerja??
Harap -harap baik hendaknya ^_^...Amin...

pada hari yang berbahagia pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu tajuk ilmu yang bertajuk IBADAH SEBAGAI PENYEMBUH HATI

Sepertimana yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang beriman kepada Allah telah diwajibkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T dari segi solat,zakat,puasa dan sebagainya. Bagi mereka yang beriman kepada Allah, mematuhi serta mentaati segala ajarannya adalah hiburan bagi hati dan kesenangan bagi mereka. Hanya mereka mematuhi serta mentaati, mereka akan beroleh kebahagiaan, kemenangan serta kesempurnaan hidup.

Ini turut ditegaskan didalam al-Quran didalam surah yunus ayat 57-58 yang bermaksud :
" Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada didalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman. Katakanlah, " dengan kurnia Allah rahmatnya, hendaklah kamu bergembira. kurnia Allah dan rahmatnya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan


Ayat tersebut memberitahu kepada kita bahawa kurniaan Allah sebenarnya adalah Al-Quran dan rahmatnya adalah manusia yang sebtiasa mentaati segala perintahnya. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abu Said Al-Khudri didalam kalamnya yang berbunyi:

" Kurniaan Allah adalah lembaran al-quran dan rahmatnya pula adalah mereka yang mengikuti ajaran al-quran tersebut "

Begitu juga dengan dengan pendapat-pendapat yang telah diutarakan oleh Ibnu Abbas, Al-Hassan, dan Qatadah yang telah dinukilkan melalui kalam mereka yang berbunyi:

" Kurnianya Adalah Islam , sedangkan rahmatnya adalah Al-Quranul Karim "

Betapa besarnya nikmat yang Allah berikan melalui al-quranul karim kepada manusia. Nukilan ini ditulis bagi mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian mengenai kelebihan yang Allah berikan kepada kitab suci Allah yang Agung itu.

wallahua'alam....

Video Khas



Buat kengkawan yang selalu baca blog ni dan kenang-kenangan abadi di Masjid ini...