Wednesday, April 28, 2010

Terapi Azan

Tiba-tiba teringat pada kursus peningkatan dan Pemantapan Bilal-bilal Masjid seluruh Wilayah Persekutuan yang memberikan daku pelbagai input, ilmu dari segi ilmu tahsin al-quran dan azannya serta tidak lupa ilmu tarannum nya yang memberikan kepadaku impak yang besar serta perlu mendalami lagi beberapa ilmu mengenai ilmu tarannum serta kawalan pernafasan yang sesuai untuk melafazkan ayat-ayat suci al-quran serta lagu yang sesuai. Al-maklumlah lagu tidak mahir lagi hanya mendengar lagu-lagu azan dari youtube dan koleksi daripada sahabat-sahabat yang lain.

Disitu terselit satu slot yang menerangkan tentang kelebihan azan yang dilaungkan oleh bilal-bilal masjid yang boleh merubah kuasa-kuasa yang dikeluarkan oleh manusia sekitar yang mendengar laungan azan.Namanya Dr.Azhar salah seorang pakar didalam uji kaji terhadap terapi azan. Perkara yang paling menarik yang beliau katakan ialah orang yang paling tenang dan damai jiwanya ialah bilal-bilal yang melaungkan azan apabila ikhlas dan luhur jiwanya mengalunkan azan. Disitu terkeluar pelbagai tenaga dari tubuh azan seseorang yang boleh mengeluarkan desophene. Bunyinya seakan-akan macam dadah tetapi ia boleh menghayalkan seseorang apabila mendengarnya serta menjadi daya tarikan kepada manusia disekitar. seterusnya akan keluar cecair melatonin yang memberikan ketenangan kepada seseorang yang melafazkan azan...

Disitu ia memberikan satu contoh yang amat mudah seperti minum sedikit air sebelum azan, selepas itu minum semula air tersebut apabila sesudah azan. Insyallah ianya akan mengubah struktur molekul didalam air tersebut. Dijadikan cerita aku pun buat eksperimen kepada diri sendiri. Memang lain rasanya air tersebut, terkejut juga dibuatnya yang penting melalui apa yang dikongsikan oleh Dr.Azhar ialah apa yang dilakukan dengan ikhlas maka akan wujudnya gelombang yang unik dari azan iaitu gelombang THETA yang memang halus dan boleh mengubah struktur gelombang dimuka bumi ini. Indahkan kurniaan tuhan kepada manusia. Selama ini aku pun tidak tahu tentang ilmu ini kerana ianya memberikan banyak kepentingan kepada manusia sebenarnya.

Disitu juga wujudnya soalan yang amat unik...Dr. Bertanya :

" Didalam dunia ni, Insan manakah yang sentiasa menggunakan otak kanannya? "

Sahabat-sahabat aku ni menjawab " orang yang membaca, menulis "

Dr. pun berkata " kurang tepat kerana jawapannya ialah orang yang sedang bercinta "

Kerana disitu akan hadirnya ke kreativiti seseorang manusia didalam bercinta..^_^
jika ada sahabat-sahabat kita yang sedang bercinta nampaknya anda sedang menggunakan otak kanan anda..

sekadar perkongsian
wallahua'alam..

Lagu Yang Amat Digemari olehku....

Dahulunya lagu ini ingin ditujukan kepada seseorang yang bakal menjadi bakal permaisuri di hatiku ketika suatu masa dahulu..tetapi hajatku tidak kesampaian..hanya kenangan sahaja yang tersirat dan tersurat didalam hati ini.

hayati liriknya walaupun lagu ini berbahasa omputih...dan sy pun bukan pandai sangat..tetapi mahu untuk memahaminya sanggup mencari kamus untuk memahami maksud lagu ini

Dengarkan daripada Maher Zain ( FOR THE REST OF MY LIFE )..sy faham lagu ini amat diminati oleh kaum hawa

JiKa Aku JaTuH Cinta

Untuk dikongsikan bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat untuk pedoman dan panduan kita semua
hayatilah ia...semoga bermanfaat



bila didengar dan dihayati membuatkan sy sebak dan sedih sebenarnya..ya Allah tolong lah hamba-hamba yang membaca Blog ini menerima Cinta yang diredahi olehMu..amin..

Thursday, April 22, 2010

BelaJar Memahami perAngaiNya.....

Pada satu masa dahulu ketika masih kekanak ribena dan masih mencari identiti sendiri telah ditemukan dengan salah seorang Hamba yang pernah menjadi harapan hidupku pada 3 tahun yang lepas..seorang yg lembut budinya...manis senyumannya...persis matanya...telah membuat ku tertawan melihatnya..pada mulanya membenci pun ada maklumlah masa tu x pernah jumpa pun..asyik gaduh jer..pagi baik, petang gaduh balik..kadang-kadang sampai berlarutan dan terjadinya peperangan besar sehingga mengatakan diri ini tidak matang...ketika itu bekas roomate yg kini sebagai ketua bilal masjid negara menjadi teman meluahkan segala masalah dan luahan apabila berkawan dengannya. sampai dia berkata " anta carilah orang lain " kerana kedegilan dan masih belum memahami apakah erti sayang sebenarnya maka ku gagahkan hati untuk memujuknya.

begitulah keadaannya pujuk....pujuk...baik semula.begitulah keadaanya dan paling lama x berhubung pun sekitar 4 bulan rasanya time tu memang geram marah dan sebagainya. Itulah hati lelaki ego tinggi mana pun tarikh lahirnya tidak akan dilupakan sampai bila-bila..tergatallah tangan nak hantar SMS pada tengah malam

" Salam awk, Selamat Hari Lahir yang ???, semoga panjang umur dan murah rezekinya."
" Terima kasih " balasannya...

ingatkan tiada harapan lagi bila tiba tarikh lahirku sampai dapat 1 SMS daripadanya malah menyatakan benda yang sama..hatiku terdetik dan sentiasa berkata " Masih Ingat rupanya tarikh lahirku "begitulah keadaanya selama hampir 3 tahun...bagiku memperingati tarikh lahir merupakan salah satu penghargaan yang besar buat semua penduduk di muka bumi ini, terutamanya kaum Hawa kerana disitu lahirnya sebuah kegembiraan dan harapan.Cuba tanya mereka???jika tidak percaya dengan fakta ini??

Susah juga nak belajar memahami kaum hawa ni kan..tanyalah berjuta lelaki didunia pun mereka akan memberitahu perkara yang sama. walaupun telah berkahwin.disitu proses pembelajaran memahami perangai bermula apabila lebih kurang setahun mengenalinya dengan tunjuk ajar oleh sahabat-sahabat dan mempelajari dari buku-buku tentang sifat dan perangai kaum hawa tersebut.Memahami kesukaan,minat,hobi dan apa yang berkaitan dengannya adalah satu advantage buat kaum adam. Kadang-kadang kaum adam ni mudah terlupa dengan apa yang diminati oleh insan yang bernama wanita ini.

Proses perkenalan yang bermula dengan perhubungan jarak jauh sehingga jarak dekat dan kini terlalu jauh banyak mengajar aku erti sebuah perhubungan sehingga tahun ini menjadi tahun yg paling mendukacitakan didalam hidupku.....daku harap beliau berjaya didunia dan akhirat....kerana apa yang dirancangkan untuk kebahagiaannya tidak kesampaian atas faktor kesibukkan dan kerja yang dilakukan.....mungkin Allah tahu semuanya kerana kita hanya merancang sahaja wallahua'alam...

amacam ada bakat tulis novel x???^_^sebenarnya panjang lagi..malas nak taip..lenguh la....sape yang volunteer nak jadi tukang taip...hantar kat shoutbox yer...hehehe


P/S : kisah ini telah diambil pengalaman dari sahabat-sahabat yang teguh harapan dan kesetiaan untuk tatapan semua...sebagai pedoman...lagu for the rest of my life adalah dedikasikan untuk insan-insan yang bakal menjadi isteri...dah sumber inspirasi buat wanita-wanita yang membuka blog ini...^_^

Wednesday, April 7, 2010

KeNanGan SeMinGgu BerCuti ^^ Siri KeDua

Daku bertemu buat pertama kalinya melihat wajahnya sendiri...dahulunya hanya melihat digambar yg DIA kirimkan kepadaku..comel gak die ni..terdetik kata di hati..bermula senda gurauan dan gelak ketawa bersamanya didalam kenderaan, biasa la mula-mula pun janggal juga tetapi kena kuatkan diri bahawa jika ia benar milikku maka Allah akan permudahkan..akhirnya dapat gak rasa masakkan die...sempat la juga masakkan sesuatu untuk mengalas perut..hehehe

tiba di tol ayer hitam...berdebar gak..ye la first time bak kata adikku " ko relax jer bang" itulah satu ungkapan yang mencabar...alhamdulillah dapat tenangkan diri jua. teringat nak beli buah untuk umi dan abinya singgah sekejap di pasar kluang..sempat juga jengah menjengah tabloid iluvislam di sana..btw alhamdulillah sudah ada keluaran disana..nama iluvislam wujud disana. Kembali memandu ke destinasi..adei adik plak buat hal dia ingin menunaikan kewajipan singgah sebentar di stesen minyak tetapi tiada air kerana pada ketika itu kluang sedang menghadapi krisis air apabila empangan sembrong hampir ketiadaan air. tiba di traffic light teka meneka berlaku..si DIA tanya " dimana rumah kita??" tekaan demi tekaan....akhirnya sampai juga dirumahnya..diparking di tebing jalan...rasa segan dan malu mula menyelubungi....adei macam mana ni...semua follow belakang jer ni....


besambung ma....tunggu !!!!!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini