Monday, April 27, 2009
sebuah Nukilan
Bukan kerana merah kilauaun lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat pewira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lama
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Saturday, April 25, 2009
Sebuah Perkongsian
RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telahmenceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsahdan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishakbin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripadaAl-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telahberwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di manabaginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantinperempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allahs.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yangsentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehinggasentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?" Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu keringdan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnyatikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripadaperempuan yang tidak dapat anak." Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .
" Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersihselama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid didalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanyamaka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya." "
WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKUTELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
Semoga dapat mendorong para sahabat pada masa hadapan
Monday, April 20, 2009
Tinta Seorang Bilal Bahagian2
Program Masjid yang pertama iaitu Program Jom Ziarah Masjid yang diadakan ketika ana kena berkursus induksi khusus di Genting Highland...walaupun ana kena berkursus tetapi di atas berkat kesefahaman oleh us. Murshidi dan sahabat-sahabat yang lain..alhamdulillah berjaya disempurnakan.Sebelum program tersebut ana bertungkus lumus bersama-bersama menjayakan program tersebut. Tidak lupa kepada my Bro Us. Mad Noor yang bersama-sama di dalam utusan semboyan kepada jemputan. Pada mulanya risau juga nak pergi ke Genting Highland, tetapi di atas arahan JAKIM ana pergi jua.
Ana bergerak ke JPM untuk berkursus bersama-sama anas ke putrajaya dengan menaiki motorsikal kapchai EX5 PDY 526 sesampai nya disana ana berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama lapor diri di JAKIM dahulu...berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sama-sama sesat di PPA Jelebu, Negeri Sembilan.......alahai sambung lagi dah
Friday, April 17, 2009
5 Perkara yang amat penting di dalam hidup kita
1. setiap manusia mahukan wajah yang cantik وجه جميل
2. Duit yang banyak فلوس بالملاين
3. Kesihatan yang baik صحة قوية
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
kesemua perkara di atas amat diperlukan oleh setiap insan. ana percaya semua mahukan keinginan ini dengan cara yang pantas. ana ingin berkongsi hadis Nabi Muhammad S.A.W :
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
yang bermaksud:
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkatdan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatanbadan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 ygbermanfaatdan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
renung-renungkan dan selamat beramal...
Wednesday, April 15, 2009
Keinginan Untuk Memiliki Anak Soleh Dan Solehah
Monday, April 13, 2009
Kerja Sebagai Ibadah
Tuesday, April 7, 2009
Manisnya Sebuah Pertemuan Pahitnya Sebuah Perpisahan
Tajuk ini dipilih kerana mengambil kira kepada keadaan sekarang yang kebanyakkan institusi-institusi pendidikan kita hari ini kebanyakkan pelajarnya sedang menempuhi alam (final exam) yang menentukan masa depan mereka. Namun wujudnya suka,duka,pahit,manis,senda gurau bersama-sama sahabat seangkatan atau sebelajar dengan kita.Pada masa ini segala kenangan akan dikenang semasa berlakunya Majlis makan malam atau konvokesyen terutamanya bagi pelajar-pelajar di universiti.
Pada ketika ini, semua sahabat-sahabat akan memohon kemaafan dan halalkan apa-apa yang telah dibuat oleh kita ketika bersama-sama dengan sahabat kita. Senangkan meminta maaf hanya melalui lisan kita sahaja. Hati manusia hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...
Maksud indahnya pertemuan ini ialah saat kita berkenalan dari mula memasuki institusi yang baru hinggalah menempuhi dugaan bersama-sama
Maksud pahitnya perpisahan ialah kepulangan semula atau jauhnya hubungan yang terpaksa demi kerjaya dan masa hadapan.
Apabila berlaku perpisahan semestinya kita hendak mengekalkan hubungan itu supaya bertambah erat dan ada sesetengahnya menuju kebahagiaan
Justeru itu, marilah kita menjaga hubungan yang Allah beri ini kepada hamba-hambanya...ingatlah sayangi manusia dahulu,baru ada insan menyayangi kita.
Putra al-amin...
Monday, April 6, 2009
Apakah yang dimaksudkan Cinta Sejati
Apakah Yang Dimaksudkan Cinta Sejati..
Adakah Sahabat-sahabat pernah terfikir persoalan ini...
Sepertimana yang kita ketahui dan belum ketahui bahawa Cinta Yang Paling Sejati hanya terdapat didalam lirik lagu ini yang berikut:
1. Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi
2. Cinta Ayah Bonda tulus suci selamanya
3. Cintakan saudara masa berada damai sementara
4. Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan
Adakah kita sudah mencapai cinta kita kepada Allah dan Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W.Nabi yang akan memberikan syafaat kepada hamba yang beriman kepadanya??
Tepuk dada tanyalah iman.
Maksud Cinta Sejati ialah cinta,kasih sayang,rindu yang berandaskan kepada syariat yang membawa kepada kebahagiaan dengan berlafazkan akad pernikahan dan perkahwinan bukan kerana nafsu amarah semata-mata. Sentiasa mencari keredhaan Allah dan berdoa kepadanya.Insya-Allah kita akan diberikan nikmat Cinta Sejati itu. Dalam kesibukkan kita mencari Cinta Sejati tersebut jangan kita lupa daripada kita menerima Cinta Sejati tersebut. Sentiasa beringat bahawa nikmat Cinta Sejati ini akan diambil bila-bila masa mengikut kehendak yang MAHA ESA. Bersyukur lah sekiranya sahabat-sahabat sekalian telah menerimanya..
Kepada remaja-remaja yang masih hanyut dengan cinta sebelum berkahwin ini hendaklah berubah dan carfilah keredhaan dan sentiasa mengamalkan prinsip "KEJARLAH CITA-CITA BARU MENGEJAR CINTA"....semoga kita semua diberikan nikmat Cinta Sejati ini daripada Yang Maha Esa...
Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!!
Wednesday, April 1, 2009
kawan,sahabat, kekasih
ape maksud kawan???
kawan ialah insan yang berada disekeliling kita sama ada secara pasif atau aktif
ianya boleh terdapat di mana-mana sahaja tanpa mengira usia dan bangsa
sahabat...
ape maksud sahabat???
sahabat ialah insan yang hampir dengan kita dan boleh berkongsi masalah,dugaan bersama-sama dengan kita dan sentiasa memberikan motivasi untuk membetulkan kesilapan dan kekurangan di luar dan dalaman kita
kekasih...
kekasih terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Kekasih yang bergelar Isteri
ini ialah insan yang paling rapat dengan kita tidak kira kita senang,susah,gembira semuanya
akan berkongsi bersama-sama dengan nya.Jagailah permata yang bernama isteri ini kerana ia
adalah insan yang paling memahami kita. Jangan sia-siakan pemberian Allah ini
2. Kekasih yang bukan bergelar isteri
( Cinta buta,cinta monyet dan sewaktu dengannya )
ini ialah insan yang kita sayang dia bukan kerana keikhlasan tetapi atas dasar nafsu dan hanya
merugikan masa,wang dan sebagainya.jarang berkongsi pendapat dan banyak menipu diri
sendiri...
secara hipotesisnya....
marilah kite membina ukhwah dengan berlandaskan syariat islam
dan kepada sahabat-sahabat sekalian carilah cita-cita baru kejar cinta...
bercinta selepas kahwin, Insya Allah akan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat
Tinta Seorang Bilal Bahagian1
Tersebut sebuah kisah yang ana rasa nak kongsi dengan para sahabat betapa mulianya menjadi seorang bilal masjid..bukan untuk menunjuk tetapi sebagai pendedahan dan realiti kehidupan ini..
Tanggal 16 Oktober 2009 azan pertama Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju kedengaran pada waktu maghrib menyebabkan pagar masjid tersebut bergegar pada waktu tersebut menurut pengawal keselamatan disitu. ana tidak pasti sama ada Jin atau Syaitan, tetapi itu semua adalah kerja Allah S.W.T. Maka bermulalah revolusi didalam diriku yang akan mengubah segala persoalan dan kebolehan diriku ini..mungkin Allah telah mengerakkan hatiku untuk berkhidmat di masjid ini.Ana dan Ketua Imam Us. Murshidi datang kesini di atas kepercayaan pentadbiran JAWI. Pada malam itu daku berkenalan dengan Imam Ratib(pembantu Imam ) iaitu us. Khuzairi, Us. Ihsan dan Us. Mohammad. pada masa itu aku belum mempunyai pembantu lagi.
Pada malam itu, bermulalah pertemuan pertama bersama-sama dengan jemaah disini yang tidak sabar-sabar menunggu pembukaan masjid ini setelah 5 tahun menanti menurut jemaah disini. Ana ber taaruf bersama dengan para jemaah yang rata-rata golongan pertengahan dan sebagainya.ana dapat melihat keriangan dan harapan di wajah jemaah-jemaah disini terhadap masjid ini. Buat pertama kalinya ana terpaksa bertugas secara berterusan selama seminggu dari waktu subuh hingga ke isyak..subahanallah betapa letihnya tetapi apa kan daya kerana tanggungjawab dan kewajipan sebagai pendakwah ana gagahkan ati walaupun kadang-kadang masa untuk ku berehat agak terbatas ketika itu.Walaupun letih tetapi alhamdulillah fdapat dijalankan dengan jayanya.
Selepas 2 hari..hari jumaat pun tiba, seperti biasa bagi golongan adam yang muslim semestinya ingin menunaikan kewajipan iaitu mengerjakan solat jumaat.,ana menggigil ketika itu sebab tiada pengalaman untuk mengedalikan solat jumaat. pada ketika itu ketua imam memberikan pandangan bersembahnyang Jumaat ala Masjid Negara...lega rasanya beliau berkata begitu. Pada ketika itu jemaah tidak telalu ramai almaklumlah Masjid baru dibuka...tetapi lama kelamaan ianya menjadi ramai...hari berganti hari..maka raya aidiladha pun menjelang tiba..bua pertama kali ana tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut hari raya tersebut bersama-sama dgn kawan dan keluarga di kampung..itu nama nya cabaran pada pagi tersebut ana telah menyarung jubah rasmi untuk bertugas pada pagi itu..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hendaknya....sebenarnya panjang lagi kisah ini...nantikan kemunculan bahagian 2