Setiap insan yang berada dimuka bumi ini inginkan anak yang soleh dan solehah demi kebahagiaan didunia dan akhirat. Pada nukilan kali ini ana ingin berkongsa dengan para sahabat, Bagaimana kita ingin memiliki anak yang soleh dan solehah???
Pada suatu hari ana telah berjumpa dengan salah seorang sahabat ana yang telah mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel. Lalu ana bertanya kepadanya:
"apa yang anta harapkan daripada anak anta yag comel ni?" lalu beliau menjawab " ana berharap agar anak ana ini menjadi anak yang soleh"...Selepas itu ana termenung seketika di Masjid.Adakah anak yang lahir ini akan mengikut jejak langkah kita?perangai kita?tingkah laku kita semasa kita kecil sehingga ke gerbang perkahwinan??teringat kata-kata orang lama-lama
"Bapak Borek, Anak Rintik"..adakah ada maksud simbolik disebalik kata-kata ini..ana ingin berkongsi dengan para sahabat mengenai kelebihan kita menjaga diri,akhlak,tutur kata dan kesopanan itu semuanya akan diwarisi oleh anak kita dengan izin Allah. Kadang-kadang kita tidak mengetahui yang perangai kita ini akan di copy dan paste oleh anak-anak kita bertujuan menguji keimanan kita dan kesabaran kita.Oleh itu kita sebagai insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini hendaklah sentiasa menjaga diri kita supaya keturunan kita dapat menjadi insa yang soleh dan solehah
"Melentur Buluh, Biar Dari Rebungnya"..inilah ungkapan yang mendalam maknanya untuk kedua ibu-bapa. Pada ketika ini ibu bapa memainkan peranan penting di dalam pembentukan dan kejiwaan anak samaada menjadi soleh dan solehah. Jangan sesekali menyalahkan anak apabila ia besar nanti kerana perangai dan didikan yang kurang berkesan. Dalam hal ini seseorang yang ingin menjadi Ibu dan Bapa hendaklah mempelajari ilmu untuk mendidik anak-anak dari segi mental dan fizikal....
No comments:
Post a Comment