Monday, June 8, 2009

Cameron Highland

Pada kali ini..setelah lama tidak diupdate kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan pada 6 Jun 2009 adalah detik bersejarah bagi sahabat ana Az-Zahir yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan selamatnya..ana tiba lambat sangat jam 5 petang.ana bertolak bersama dengan Presiden Iluvislam.com saudara Imran dan P.A nya saudara Ikhsan..

kami telah bertolak ke sana pada jam 12 tengahari ke sana..bersama kereta kancil berwarna gelap..best la jugak kerana buat pertama kalinya aku menaiki kereta mendaki cameron highland..penuh cabaran dan dugaan kerana selekoh-selekohnya amat mencabar..kan best dapat belajar drift..mesti lagi cepat ana sampai..

Sesampai nya disana ketika rumah mereka sedang dikemas dengan badan yang agak kepenatan nampak sesusuk tubuh sahabat ana yang berbaju bewarna gold..segak orangnya..kami dipelawa menjamu selera dengan nasi minyaknya yang ditempah daripada Along catering..best bubur kacang hijaunya..

kami bertolak pulang pada pukul 6 petang..didalam perjalanan pulang daku membeli buah tangan untuk dibawa pulang untuk family dan insan yang tersayang..rugi jika ana tidak membeli oleh-oleh disana...daku membeli 3 botol kordial Strawberi,coklat dan hadiah untuk insan istimewa..

Kami turun dari Cameron Highland di dalam keadaan malam yang hening dan suram..serta kedingingan malam..banyak dugaan dan cabaran dan akhirnya sampai di kuala lumpur jam 11 malam..ana doakan semoga sahabat ana Az-zahir kekal berbahgia di dunia dan diakhirat..

No comments:

Post a Comment