Wednesday, August 12, 2009

Sudah lama daku tidak berkalam

Setelah lama menyepikan diri dari menulis cerita kali ini ingin berkongsi rasa dan pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang menyepikan diri didalam kalam ini. Sepanjang perjalanan dan kesibukkan didalam menguruskan aktiviti di masjid, kali ini ingin berkongsi cerita dan pengalaman apabila menyertai aktivit Forum iluvislam.com dan Dialog Krew Iluvislam.com..
Forum Iluvislam.com:
"Monyetnya Cinta Kita " adalah tajuk forum yang menarik dan amat memikat seramai 700 orang untuk mendengarnya di Institut Penilaian Negara di bangi pada 8 Ogos 2009. telah dimoderatorkan oleh Ketua Event Malaysia dan diterajui oleh 3 orang ahli panel yang hebat lagi mantop:

Us. Hasrizal bin Abdul Jamil ( saifulislam.com )
Us. Ahmad Zahiruddin ( Penasihat Iluvislam.com )
Pak Firdaus Djamaris ( Dari ESQ 165 )

diantara isi-isi yang menarik yang diperkatakan ialah diantaranya mengenai persoalan cinta yang dilihat didalam islam dan maksud cinta itu sendiri. Pelbagai kupasan dan luahan rasa dan pendapat serta yang tidak dapat dilupakan betapa tersentuhnya Pak firdaus memberikan kata-kata yang mendalam jiwa dan raga. Walaupun lambat majlis dimulakan tetapi ianya berjalan dengan lancar. Tahniah kerana berjaya menjayakan Forum bagi Iluvislam.com buat pertama...semoga forum-forum seperti ini dapat dibuat dengan tajuk-tajuk yang unik bunyinya.





Dialog Krew 1 Iluvislam.com

Telah diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur bermula pada jam 8 pagi dan berakhir sehingga petang. Kena jadi tuan rumah memang memenatkan tetapi demi sahabat-sahabat bukan selalu berkeringat untuk mereka. Bemula dengan Al-Ankabut, dialog bersama Mr. Presiden dan diakhiri dengan program Membina Istana. Team kedua Menjadi Juara apabila kukuh walaupun syeh Azlan cube menjatuhkan istana kami. Dengan hujah yang mantop dari kaunselor Iluvislam.com syeh Danny.berikut adalah gambar-gambar yg ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian:

No comments:

Post a Comment