Apa bezanya cinta kepada "selain daripada Allah"
kerana Allah dengan yang bukan kerana Allah? ( baca betul-betul ). Ini satu persoalan penting justeru ramai orang mencintai ibu bukan kerana Allah. Mencintai isteri bukan kerana Allah. Cinta kepada kekasih bukan kerana Allah. Jawabnya, cinta kerana Allah tidak memerlukan 'ramuan-ramuan' yang bersifat racun ( dosa ). cinta ini boleh terjalin pada sesiapa sahaja-antara sesama sahabat-sahabat,keluarga,saudara mara suami isteri, pengikut-pengikut dan sebagainya.
Cinta yang 'disintesis' daripada cinta allah juga tidak memerlukan 'perantara-perantara' yang bersifat 'physical contact' kerana ia tidak bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal-yang memberi rupa, warna rasa dan lain-lain. Tapi ia tetap suci dan menyucikan
Kalau cinta ini terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja 'medium' yang bertentangan dengan kehendak Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaliknya cinta itu bertaut pada rasa suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk sama-sama mentaati Allah
Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat bahagia-sambil gigih melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Tidak ada unsur 'mabuk' cinta yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang dialirkan kerana sebab-sebab murahan
Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah
wallahua'alam
No comments:
Post a Comment