Tuesday, March 2, 2010

TEMPAT LAHIRNYA UKHWAH,KESEDARAN, KEINSAFAN DI RAUDHATUS SAKINAH

Alhamdulillah Allah telah memberikan ku kelapangan masa dan minda untuk menyertai suatu program Dialog Krew 2 yang telah dianjurkan oleh Event Team iluvislam.com yang telah diadakan di sebuah rumah yang perlunya kaum Adam patut datang dan hayati sendiri di Raudhatus Sakinah. Kali pertama sampai disitu hatiku yang damai ini mengatakan tempat apakah ini? Siapakah penghuni disini? Apa yang mereka buat disini?

Bermula dengan taklimat ringkas oleh ibu dan umi yang menjaga mereka serta ditemani oleh kakak-kakak yang sudi menjaga mereka semua. Langkah dimulakan apabila ibu menjemput kami masuk ke rumah yang indah. Penuh kata-kata semangat didinding rumahnya serta membawa impian dan harapan mereka..

Daku dapat melihat wajah-wajah indah serta wajah yang penuh keinsafan dari mereka akibat perkara lampau yang mereka telah lalui. Supaya ianya memberikan kesedaran kepada kami yang datang sendiri melihat keadaan tersebut.

Kami semua telah diberi peluang untuk mendengar kisah kehidupan mereka mengenai duka dan lara semasa di alam yang penuh dugaan. Daku sempat berbual dengan beberapa orang insan bernama ira, yani dan wan ( bukan nama sebenar ) yang rata-ratanya sebaya dengan kami semua mengenai kisah mereka. .

Kita bermula dengan kisah yang diceritakan oleh Yani yang telah pun bekerja disalah sebuah hotel telah terasa dirinya disisihkan apabila ibu dan ayahnya telah menerima seorang cucu sulung dalam kehidupan mereka. Yani terasa amat sengsara seolah-olah disisih dan dilupakan bermula hidup dengan gaya yang bebas tanpa kawalan, tiada batasan maka hadir seorang lelaki yang baginya pada ketika itu adalah Mr.Right baginya yang sentiasa menjadi teman luahan hati dan perasaan serta telah jatuh cinta terhadap lelaki tersebut sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi lelaki tersebut sehiingga beliau telah disahkan berbadan dua. Apabila mengetahui keadaan tersebut si Mr.Right telah menjauhkan diri daripadanya dan telah terputus hubungan dengan beliau. Sekarang tinggal Yani keseorangan..dan tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya. Ketika ini baru teringat kan ibu dan ayah..bak kata pepatah sesak dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Siapa yang sangka hati ibu dan ayah yang tiba-tiba mengetahui hal sebenar sedih dan pilu dan bermacam perasaan serta kata-kata yang dilontarkan kepada Yani. Didalam perkara ini, Siapa yang patut dipersalahkan??

Alhamdulillah Yani tidak melakukan perkara yang melanggar syariat agama seperti menggugurkan anak dan sebagainya. Ibu dan ayahnya serta adik beradiknya memberikan dorongan untuk meneruskan kehidupan sehingga pada suatu hari beliau telah diperkenalkan oleh ayahnya mengenai Raudhatus Sakinah ( RS ). Pada mulanya dia sendiri pun tidak mengetahui apakah itu Raudhatus Sakinah ( RS ) ? hari pertama dihantat ke tempat tersebut beliau bertemu dengan insan yang senasib dengannya yang sama-sama telah melakukan perkara yang sama. Disitu diajar tempat untuk mendekati Allah, mengenali ilmu-ilmu Allah serta yang sewaktu dengannya. Membuatkan sy kagum ialah mereka diajar untuk bertahajjud setiap hari kepada Allah agar diberikan keampunan dan keredhaan Allah. Mereka ada kelas talaqi al-quran, ada kelas usrah dan sebagainya. Soalan yang paling penting sy bertanya kepada beliau ialah Apakah perkara yang akan beliau lakukan selepas menghabiskan pengajian disini? beliau menjawab ingin menyesuaikan dengan keluarga kerana telah lama menyisihkan diri daripada keluarga.

Kisah seterusnya ialah wanita yang bernama Wan sudah pun bekerja disalah sebuah syarikat didalam bahagian pemasaran. Beliau juga memiliki Diploma disalah sebuah universiti tempatan. Hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam, itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan pun menyebabkan wan terpedaya dengan fitnah dunia. Bermula perjumpaan dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Mr.Right baginya pada ketika itu yang sentiasa bertanya khabar, menelefon beliau, bermesej dengan wan menyebabkan wan jatuh hati kepadanya. Kali ini hidup wan berbeza siang bekerja dengan syarikat malam keluar menghabiskan masa dengan Mr.Right sehingga ditakdirkan beliau mengandung. Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa bahkan lelaki tersebut akan bertanggungjawab dengan perkara tersebut hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya. Akhirnya wan ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya. Seperti Yani juga beliau tidak mempunyai perasaan yang jauh dari batas agama. Akhirnya RS diperkenalkan kepadanya, pada mulanya jiwanya memberontak sedikit apabila dijemput kesitu. Setelah didesak beberapa kali demi kebaikkan mereka akhirnya beliau menerimanya. Kata-kata beliau yang terakhir sebelum mengakhiri sessi temuramah tersebut sempat bertanya mengenai perancangannya selepas ini iaitu ingin menjadi isteri yang solehah dan menjadi usahawan yang Berjaya pada satu masa nanti.

Kisah seterusnya mengenai wanita yang mempunyai didikan agama sepenuhnya dari keluarga serta wanita yang amat pendiam bernama ira seorang pelajar sekolah menengah yang masih muda remaja dan mempunyai masa depan yang cerah. Bermula dengan usaha Mr.Right untuk mengenali dirinya serta tiap-tiap hari mesej diberikan untuk berkenalan, berkawan dan sebagainya sehingga pada suatu hari pintu hatinya terbuka untuk lelaki tersebut mengenalinya. Kebetulan pula lelaki tersebut tinggal bersebelahan kampung sahaja. Akibat termakan pujuk rayu dan janji-janji manis seorang lelaki yang dikatakan Mr.right bagi mereka akhirnya beliau menyerahkan segalanya kepada lelaki tersebut. Sehingga setiap perkara yng berlaku pun mengadu kepada lelaki tersebut. Boleh berubah mengikut keadaan di rumah perangai seperti biasa diluar lain perangainya sehingga beliau disahkan hamil. Pada ketika itu Mr. Right tersebut hanya diam seribu kata dan hanya mengelakkan diri daripada perkara tersebut sehingga menggangu jiwa da perasaan dia. Sehingga akhirnya tewas dengan keegoan sendiri, keluarganya juga menjadi rujukan terakhirnya mengenai perkara tersebut. Pada ketika itu hati ibu dan ayah mana yang tidak luhur bagai memuntahkan laharnya. Kecewa dan sedih menyelubungi hati keluarga tersbut. Ira menjadi serba salah atas kelakuannya dan tindakannya apabila terjadinya perkara ini.
Atas desakan dan pemulihan kepada beliau, beliau telah dibawa ke RS untuk proses mengubah sikap dan jatidirinya menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Selepas ini Insyallah beliau bertekad akan membantu kawan-kawan yang lain serta belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya

Di pengakhiran mendengar kisah mereka mereka telah memberikan beberapa nasihat agar dijadikan pedoman untuk kita semua diantaranya ialah:
1. Menjaga solat. Kerana solat adalah kunci kepada semua perkara yang kita lakukan
2. Pergaulan dan adab-adab perlu dijaga agar ianya tidak melebihi batasab
3. Hargailah sebuah kasih sayang keluarga kerana mereka amat menyayangi kita
4. Kejarlah cinta Allah baru mengejar cinta manusia


Wallahua’alam
Author:
Putra al-amin007

No comments:

Post a Comment