Thursday, April 22, 2010

BelaJar Memahami perAngaiNya.....

Pada satu masa dahulu ketika masih kekanak ribena dan masih mencari identiti sendiri telah ditemukan dengan salah seorang Hamba yang pernah menjadi harapan hidupku pada 3 tahun yang lepas..seorang yg lembut budinya...manis senyumannya...persis matanya...telah membuat ku tertawan melihatnya..pada mulanya membenci pun ada maklumlah masa tu x pernah jumpa pun..asyik gaduh jer..pagi baik, petang gaduh balik..kadang-kadang sampai berlarutan dan terjadinya peperangan besar sehingga mengatakan diri ini tidak matang...ketika itu bekas roomate yg kini sebagai ketua bilal masjid negara menjadi teman meluahkan segala masalah dan luahan apabila berkawan dengannya. sampai dia berkata " anta carilah orang lain " kerana kedegilan dan masih belum memahami apakah erti sayang sebenarnya maka ku gagahkan hati untuk memujuknya.

begitulah keadaannya pujuk....pujuk...baik semula.begitulah keadaanya dan paling lama x berhubung pun sekitar 4 bulan rasanya time tu memang geram marah dan sebagainya. Itulah hati lelaki ego tinggi mana pun tarikh lahirnya tidak akan dilupakan sampai bila-bila..tergatallah tangan nak hantar SMS pada tengah malam

" Salam awk, Selamat Hari Lahir yang ???, semoga panjang umur dan murah rezekinya."
" Terima kasih " balasannya...

ingatkan tiada harapan lagi bila tiba tarikh lahirku sampai dapat 1 SMS daripadanya malah menyatakan benda yang sama..hatiku terdetik dan sentiasa berkata " Masih Ingat rupanya tarikh lahirku "begitulah keadaanya selama hampir 3 tahun...bagiku memperingati tarikh lahir merupakan salah satu penghargaan yang besar buat semua penduduk di muka bumi ini, terutamanya kaum Hawa kerana disitu lahirnya sebuah kegembiraan dan harapan.Cuba tanya mereka???jika tidak percaya dengan fakta ini??

Susah juga nak belajar memahami kaum hawa ni kan..tanyalah berjuta lelaki didunia pun mereka akan memberitahu perkara yang sama. walaupun telah berkahwin.disitu proses pembelajaran memahami perangai bermula apabila lebih kurang setahun mengenalinya dengan tunjuk ajar oleh sahabat-sahabat dan mempelajari dari buku-buku tentang sifat dan perangai kaum hawa tersebut.Memahami kesukaan,minat,hobi dan apa yang berkaitan dengannya adalah satu advantage buat kaum adam. Kadang-kadang kaum adam ni mudah terlupa dengan apa yang diminati oleh insan yang bernama wanita ini.

Proses perkenalan yang bermula dengan perhubungan jarak jauh sehingga jarak dekat dan kini terlalu jauh banyak mengajar aku erti sebuah perhubungan sehingga tahun ini menjadi tahun yg paling mendukacitakan didalam hidupku.....daku harap beliau berjaya didunia dan akhirat....kerana apa yang dirancangkan untuk kebahagiaannya tidak kesampaian atas faktor kesibukkan dan kerja yang dilakukan.....mungkin Allah tahu semuanya kerana kita hanya merancang sahaja wallahua'alam...

amacam ada bakat tulis novel x???^_^sebenarnya panjang lagi..malas nak taip..lenguh la....sape yang volunteer nak jadi tukang taip...hantar kat shoutbox yer...hehehe


P/S : kisah ini telah diambil pengalaman dari sahabat-sahabat yang teguh harapan dan kesetiaan untuk tatapan semua...sebagai pedoman...lagu for the rest of my life adalah dedikasikan untuk insan-insan yang bakal menjadi isteri...dah sumber inspirasi buat wanita-wanita yang membuka blog ini...^_^

No comments:

Post a Comment