Tiba-tiba teringat pada kursus peningkatan dan Pemantapan Bilal-bilal Masjid seluruh Wilayah Persekutuan yang memberikan daku pelbagai input, ilmu dari segi ilmu tahsin al-quran dan azannya serta tidak lupa ilmu tarannum nya yang memberikan kepadaku impak yang besar serta perlu mendalami lagi beberapa ilmu mengenai ilmu tarannum serta kawalan pernafasan yang sesuai untuk melafazkan ayat-ayat suci al-quran serta lagu yang sesuai. Al-maklumlah lagu tidak mahir lagi hanya mendengar lagu-lagu azan dari youtube dan koleksi daripada sahabat-sahabat yang lain.
Disitu terselit satu slot yang menerangkan tentang kelebihan azan yang dilaungkan oleh bilal-bilal masjid yang boleh merubah kuasa-kuasa yang dikeluarkan oleh manusia sekitar yang mendengar laungan azan.Namanya Dr.Azhar salah seorang pakar didalam uji kaji terhadap terapi azan. Perkara yang paling menarik yang beliau katakan ialah orang yang paling tenang dan damai jiwanya ialah bilal-bilal yang melaungkan azan apabila ikhlas dan luhur jiwanya mengalunkan azan. Disitu terkeluar pelbagai tenaga dari tubuh azan seseorang yang boleh mengeluarkan desophene. Bunyinya seakan-akan macam dadah tetapi ia boleh menghayalkan seseorang apabila mendengarnya serta menjadi daya tarikan kepada manusia disekitar. seterusnya akan keluar cecair melatonin yang memberikan ketenangan kepada seseorang yang melafazkan azan...
Disitu ia memberikan satu contoh yang amat mudah seperti minum sedikit air sebelum azan, selepas itu minum semula air tersebut apabila sesudah azan. Insyallah ianya akan mengubah struktur molekul didalam air tersebut. Dijadikan cerita aku pun buat eksperimen kepada diri sendiri. Memang lain rasanya air tersebut, terkejut juga dibuatnya yang penting melalui apa yang dikongsikan oleh Dr.Azhar ialah apa yang dilakukan dengan ikhlas maka akan wujudnya gelombang yang unik dari azan iaitu gelombang THETA yang memang halus dan boleh mengubah struktur gelombang dimuka bumi ini. Indahkan kurniaan tuhan kepada manusia. Selama ini aku pun tidak tahu tentang ilmu ini kerana ianya memberikan banyak kepentingan kepada manusia sebenarnya.
Disitu juga wujudnya soalan yang amat unik...Dr. Bertanya :
" Didalam dunia ni, Insan manakah yang sentiasa menggunakan otak kanannya? "
Sahabat-sahabat aku ni menjawab " orang yang membaca, menulis "
Dr. pun berkata " kurang tepat kerana jawapannya ialah orang yang sedang bercinta "
Kerana disitu akan hadirnya ke kreativiti seseorang manusia didalam bercinta..^_^
jika ada sahabat-sahabat kita yang sedang bercinta nampaknya anda sedang menggunakan otak kanan anda..
sekadar perkongsian
wallahua'alam..
Pagi tadi saya mendengar Ustaz Azhar bagi kuliah kat IKIM FM. Cerita pasal terapi Azan ni..Isi kuliahnya lebig kurang sama dengan apa yg saudara catatkan dalam blog ini. Mungkin orang yang sama kot... Alhamdulillah bertambah ilmu.
ReplyDeleteboleh tak bagi email Dr tersebut,,saya nak bertanya dengan lebih detail mengenai terapi azan tersebut,
ReplyDeleteya... saya ada pengalaman ilmu terapi azan ini dengan seorang doktor pakar.. amat berkesan. menyentuh perasaan.
ReplyDelete