Tuesday, May 11, 2010

MencaRi diManakah Harga Sebuah CinTa??

Ditakdirkan oleh Allah S.W.T pada hari jumaat malam lepas digerakkan hati ini untuk pulang ke kampung secara tiba-tiba tanpa dirancang oleh diriku sendiri. Adakah ini dinamakan rindu?? adakah ianya sebuah bibit untuk mencari Harga Sebuah Cinta? Kekadang hati ini terasa disayangi bahkan lebih menyayangi seseorang insan yang mengenal hati sanubari kita sendiri. Bermula hati yang gusar dan gundah gulana untuk pulang ke kampung atas dasar bajet yang ketika itu kurang mencukupi untuk pulang ke kampung menemui keluarga.

Ketika bertugas Maghrib dan isyak pada 7 Mei 2010 berlaku sebuah peristiwa yang tidak dijangka bahawa salah seorang hamba Allah telah memberi kepadaku RM 50.00 sebagai tanda hadiah dan pemberian kerana membantunya. Almaklumlah kuliah best pada malam tersebut yang telah disampaikan oleh Us. Fawwaz. Gembira bak kepalang dan berkata di hati ini " rupa-rupanya Allah masih sayangkan diriku " Adakah ia adalah sebuah harga cinta yang Allah berikan kepada diri ini. Alhamdulillah ya Allah kerana memberikan kepadaku satu kemudahan ketika jiwa ini terasa resah untuk membuat keputusan.

Tiba di rumah pada pukul 2.00 pagi, waktu yang Allah memberikan kepada kita suatu waktu untuk manusia berehat dan mencari redha ilahi. Keadaan di kampung sunyi dari hiruk pikuk deruman kereta, siren ambulan polis yang selalu menghantui fikiran apabila berada di teratak kecilku di Wangsa Maju. Kelalian dijiwa mendengar siren menyebabkan hati ini lali kerana terpaksa menempuh raungannya sepanjang setahun lebih disini. Tiba-tiba pintu di rumah terkunci. " Nampaknya tido dalam kereta malam ni nampaknya" dah menjadi tabiat diriku apabila memandu pada waktu malam menyebabkan mata ini berat seperti dihempap batu sehingga bersimpang-siur persona di lebuhraya..nasib baik tidak melanggar apa-apa sekali lagi Allah memberikan kepadaku untuk menghargai harga sebuah cinta kepada hambanya.

Sesusuk tubuh kelihatan keluar dari rumah dengan wajah yang penat dan letih iaitu ibuku sendiri yang penat jerih berniaga di simpang memasuki taman sri suria kg. parit penghulu.
" Nape kunci pagarnya dong? nasib baik remy enggak tido diluar" biasalah kekadang terkeluar bahasa indon yang dipelajari sendiri daripada televisyen yang sentiasa menjadi kegemaranku. seperti ayat-ayat cinta yang indah jalan ceritanya. " Ibu risau la, yer lah kg. kita ni dah macam-macam berlaku " sambil cium tangan dan pipinya dan memeluk tubuh ibuku sendiri. Masih steady lagi ibu ni. Harga sebuah cinta ibu kepada anak apabila mengetahui anaknya pulang sanggup menunggu sehingga larut malam.Kebetulan hari ibu berlaku pada hari ahad tempoh hari. bagiku hari-hari adalah hari ibu tidak kira masa dan ketikanya. Kita sebagai anak tidak perlu hanya menilai sebuah cinta dengan hanya berkata SELAMAT HARI IBU tanpa menghayati harga sebuah cinta ibu kepada anaknya..

Dengan keletihan dan kepenatan kerana sibuk menguruskan Keberangkatan SPB Yang Dipertuan Agong...daku tido bersama-sama dengan adik kesayanganku..."da kurus dan gelap budak ni"

wallahua'alam....

No comments:

Post a Comment