Anda kenal siapa saudara anda??
Anda pernah melihat, bersua muka, berkenal-kenalan serta menziarahi mereka??
Mesti jawapan kita semestinya akan mengatakan ia ataupun tidak..kadang-kadang pada waktu hari Raya Aidilfitri, Majlis Perkahwinan serta majlis-majlis keraian jika dijemput. Hanya segelintir sahaja yang akan menghadirinya. Teringat apabila pulang ke kampung pada hari raya ke-3 pada ketika itu bertanya pada seorang sahabat yang masih remaja umurnya.
" ko dah menziarahi saudara mara ko "si remaja berkata " buat apa nak pergi dah selalu jumpe di tepi jalan dah " kadang-kadang terfikir berseorangan apakah kemanisan yang wujud apabila sanak saudara yang berdekatan dengan berjauhan.Setelah berlaku kepada diri sendiri baru memahami bahawa yang berjauhan akan sentiasa bertambah manisnya....kawan-kawan pernah tak kalian berfikir bagaimana dengan saudara mara yang berdekatan yang sentiasa berjumpa..adakah kita sentiasa memperbaharui kemanisan atau membiarkan begitu sahaja tanpa mengedahkan sahaja....Seperti saudara mara yang tinggal sekampung bak kata orang tua... dari baroh sampai ke kuala tu hah saudara aku tu...kadang-kadang kita lupa bahawa kita jarang mewujudkan ukhwah serta kemanisan didalam perkara tersebut.
Bersaudarakah kita??? atau telah lupa mengenal saudara kita dan kadang-kadang ada dikalangan umat dan bangsa kita sendiri sampai sanggup merosakkan saudara sendiri. Amat menyedihkan bahawa satu keluarga sanggup menjalankan aktiviti haram seperti memproses dadah demi mengejar kekayaan duniawi..
teringat salah seorang us...telah memberikan kuliahnya diantara yang berbunyi " jika kita mengejar akhirat, insyallah dunia akan mengejar kita, Jika kita mengejar dunia maka akhirat akan meninggalkan kita...marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita samada kita mengejar dunia dahulu atau akhirat terlebih dahulu..Jom fikir sejenak
Persaudaraan...
Kisah Israel yang dikenali dengan kelaknatan dan kejahilan sanggup membunuh 9 sahabat kita di kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa serta mencederakan yang lain..dengan hanya membawa bantuan makanan bukan lagi bantuan senjata.. Siapakah mereka di palestin?? semestinya saudara mara kita kan??betol x?? berbalik kepada tajuk bersaudarakah kita. walaupun kisah ini telah lepas maka ingin mengingatkan kepada semua kawan-kawan mari berdoa hari-hari agar saudara kita disana diberi kekuatan dan kemudahan oleh Allah S.W.T..hanya doa sahaja sebagai pengubat rindu serta terharunya kepada saudara mara kita disana
" Ya Allah kurniakanlah kekuatan,kebebasan,serta kemudahan kepada saudara mara kami di palestin serta saudara-mara islam kami ditempat lain..amin ^^ "
wallahua'alam...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment