Tuesday, June 8, 2010

IBADAH SEBAGAI PENYEMBUH HATI

Bismillahirrahmanirrahim
Salam Ukhwah kepada sahabat-sahabat sekalian...

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian...semoga sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.
Bagaimana dengan percutian bagi sahabat-sahabat yang bercuti??
Bagaimana dengan pekerjaan bagi sahabat-sahabat yang sedang bekerja??
Harap -harap baik hendaknya ^_^...Amin...

pada hari yang berbahagia pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu tajuk ilmu yang bertajuk IBADAH SEBAGAI PENYEMBUH HATI

Sepertimana yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang beriman kepada Allah telah diwajibkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T dari segi solat,zakat,puasa dan sebagainya. Bagi mereka yang beriman kepada Allah, mematuhi serta mentaati segala ajarannya adalah hiburan bagi hati dan kesenangan bagi mereka. Hanya mereka mematuhi serta mentaati, mereka akan beroleh kebahagiaan, kemenangan serta kesempurnaan hidup.

Ini turut ditegaskan didalam al-Quran didalam surah yunus ayat 57-58 yang bermaksud :
" Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada didalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman. Katakanlah, " dengan kurnia Allah rahmatnya, hendaklah kamu bergembira. kurnia Allah dan rahmatnya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan


Ayat tersebut memberitahu kepada kita bahawa kurniaan Allah sebenarnya adalah Al-Quran dan rahmatnya adalah manusia yang sebtiasa mentaati segala perintahnya. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abu Said Al-Khudri didalam kalamnya yang berbunyi:

" Kurniaan Allah adalah lembaran al-quran dan rahmatnya pula adalah mereka yang mengikuti ajaran al-quran tersebut "

Begitu juga dengan dengan pendapat-pendapat yang telah diutarakan oleh Ibnu Abbas, Al-Hassan, dan Qatadah yang telah dinukilkan melalui kalam mereka yang berbunyi:

" Kurnianya Adalah Islam , sedangkan rahmatnya adalah Al-Quranul Karim "

Betapa besarnya nikmat yang Allah berikan melalui al-quranul karim kepada manusia. Nukilan ini ditulis bagi mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian mengenai kelebihan yang Allah berikan kepada kitab suci Allah yang Agung itu.

wallahua'alam....

No comments:

Post a Comment