Pada hari sabtu 17 julai 2010 lepas bersama geng-geng yang bekerja di Masjid telah pergi ke masjid Ibnu Sina Titiwangsa menghadiri kursus tersebut...hampir 100 orang menyertainya yang melibatkan 80 ekor ayam telah menjadi korban pada hari tersebut. Pelbagai ragam dan telatah yang dapat dilihat pada insan-insan yang berkursus serta ragam ayam yang akan disembelih. Macam-macam ragam ayam sampai sesetengah ayam tu ada yang kecut perut melihat pisau-pisau yang amat tajam untuk disembelih..
bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri hampir jam 3.30 petang.Best jugak dapat gi kursus tersebut yang mengajar bagaimana ingin mengetahui keadaan ayam itu disembelih serta penghalalan ayam yang disembelih. Kadang-kadang kita sebagai pembeli hanya tahu makan tetapi tidak pandai memilih. betol kan...??? selepas ini dinasihatkan kepada sahabat-sahabat pandai-pandai la memilih ayam yer...
Bersama us. khirwan ( imam masjid muadz ) di banner yang disediakan..us,pakai jeans tu..rock x ustaz ni??? ^_^
diantara peserta wanita yang turut serta mempelajari ilmu sembelihan ini...
terima kasih kepada kawan-kawan seangkatan di masjid ibnu sina yang bekerjasama dengan masjid jameul ehsan untuk menjayakan program ini. best dapat join...^_^kawan-kawan semua dah pandai sembelih...jom la cari ilmu ni..x rugi belajar ilmu sembelihan ini kerana ianya memberikan banyak manfaat...
wallahua'alam...
No comments:
Post a Comment