Jam 6.15 pagi ku kelewatan menyedarkan diri dari tilam empuk ku kemungkinan kepenatan yang melampau atau keheningan pagi di subuh hari..daku tertewas kali ini....Ya Allah permudahkan segala amalan dan tingkah laku ku pada hari ini.
Bergerak dengan berjalan kaki dari Masjid Usamah Bin Zaid ke stesen LRT Wangsa Maju pada Jam hampir 7.00 pagi dengan membawa segalas beg serta hadiah ku sisirkan di tanganku untuk menuju ke tempat konvo bakal isteriku. Didalam keadaan yang sedikit blur menuju ke stesen LRT yang jauhnya agak-agak sekangkang kera dari rumah.
Melihat telatah pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja manusia di dalam tren hatiku berbisik..sudah lama tidak menempuh keadaan seperti ini kerana tempat kerja dan rumah tidak sesesak seperti daku tinggal di brickfields satu ketika dahulu. Melihat gelagat pelajar-pelajar yang sedang membaca sekeping kertas yang tertulis tulisan-tulisan nota untuk mereka mengingati pelajaran yang pengajar-pengajar hulurkan terutama kebanyakkannya beruniform putih berbalak biru para pelajar Segi Kolej yang menuntut didalam bidang perubatan. Ada yang masih melelapkan mata sambil bersandar serta membaca sebuah novel kehidupan. Sempat menjeling kepada sepasang anak-beranak berabangsa india yang saling bertemu pipi dan pipi sebelum pergi meneruskan tugasan masing-masing.
Berhenti di Stesen KL sentral menuju ke kaunter untuk membeli tiket ke subang jaya ke tempat yang ku ingin tujui. Pertama kali daku kesana..sebelum ini belum pernah kaki ini menuju ke tempat tersebut.
sambil mata memandang destinasi perjalanan di sapa kakak kaunter KTM " yer dik ?? "
sambil memandang mukanya yang agak letih berkata " nak ke subang Jaya...berapa harganya "
dengan muka yang sedikit manis " hanya RM 1.60 untuk kesana "
terima kasih ku hulurkan...
Mata ini tercari-cari mana satu platform yang ingin kesana ditanya kepada paksick berbaju biru gelap bukan berkolar biru seperti di dalam lagu sudirman tu tau..heheh...mencari platform kelima menuju ke tengah tempat menunggu...dah lama x naik komuter terpampang tren hanya untuk wanita sahaja...heheh..terasa malu kejap. didalam tren melihat majoritinya lelaki kebanyakkan luar negara seperti di jakarta, mumbai dan sebagainya berbual menggunakan slanga yang berbeza.
hati tidak sabar untuk bertemu dia dan familinya almaklumlah selepas hampir sebulan bertunang akhirnya baru dapat ketemu...akhirnya sampai mencari cab yang ingin kesana. Pada mulanya pemandu tersebut tidak mahu menghantar diri ini kesana...
No comments:
Post a Comment