Perubahan mental daripada memikirkan diri dan famili sendiri akan bertambah kepada kehidupan jamak iaitu mempunyai isteri anak dan pertambahan ibu bapa saudara mara sebenarnya memerlukan ilmu membiasakan diri untuk memahami keadaan persekitaran serta belajar memperlajari ilmu-ilmu memikat hati serta menghormati percakapan dan budaya dan adab-adab bersama insan yang lebih dewasa daripada kita
ilmu pengetahuan dari segi rohani,jasmani,mental didalam adab-adab apabila mempunyai sesuatu ikatan pertunangan sebenarnya belajar memahami mengenal hati budi perasaan terutama kaum lelaki yang jarang belajar apakah yang dimiliki dan disukai oleh insan bernama wanita.
Bekerja merupakan satu nafkah dan rutin pencarian bagi membina kehidupan yang lebih selesa bagi menampung diri sendiri sebenarnya kita kena selalu bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan walaupun secara hakikatnya manusia memang tidak pernah merasa puas....bukan susah cuma melafazkan kata alhamdulillah sudah memadai sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa
Kasihlah kepada sesiapa yang kita kasih sebenarnya kasih kepada Rasulullah akan memberikan kita nikmat berkasih yang lebih nikmat apabila mendahului kasih kita kepada rasulullah...amalkan selawat keatasNya...insya-Allah akan menerima syafaatnya di akhirat kelak...
bukan mudah untuk menjadi terbaik bahkan baik...tetapi kita sekurang-kurang nya mencuba menjadi yang lebih baik sebenarnya sentiasa positifkan diri sendiri dan sentiasa meminta petunjuk dari yang Maha Esa...
Sebenarnya.........senyum adalah satu sedekah yang mudah
wallahua'alam....putra al-amin
No comments:
Post a Comment