Thursday, November 11, 2010

Sudah Lama tidak Bertemu

Penat menyelubungi diri kerana pada pagi sehingga petang tidak putus-putus dengan kerja. Walaupun agak sibuk dengan tugasan harian hati memberontak untuk bertinta lalu mencapai papan kekunci di komputer ini untuk menukilkan sebuah kisah mengenai pertemuan dan perpisahan.

Ditakdirkan oleh Allah S.W.T telah dihadiri oleh sahabat seperjuangan di iluvislam.com yang telah lama tidak menghantar post di forum iaitu us.rashidi aka us buluh dan sahabat baiknya us. fuad aka pemikir yang merupakan moderator agama di iluvislam.com. Tidak menyangka mereka akan hadir ke pejabat ketika diri ini sedang sibuk melayan haji-haji dan pak cik-pak cik yang menjadi tetamu masjid ini.

terus mengajak ke kedai makan yang biasanya melepak dengan us rashidi ketika kami tinggal serumah di restoran barakath noor. Berbual mengenai perkembangan terbaru mereka dan sebagainya serta mengenai masa depan.

Alhamdulillah us rashidi belanja makan pada ari ini...syukran us semoga allah memberikan keberkatan dan rahmatnya...us rashidi dan us fuad mengirimkan salam kepada pembaca blog yang mengenali mereka kerana mereka sedang sibuk dengan pengajian Master buat masa ini..

By The Way doakan kejayaan mereka yer..amin....Bertemu dan Berpisah kerana Allah...

No comments:

Post a Comment