Monday, November 22, 2010

Sebenarnya....

Mencari erti kata mengenal diri dan kebolehan sendiri sebelum merempuh alam perkahwinan yang semakin indah gerbangnya sebenarnya memerlukan ilmu pengetahuan dan belajar daripada insan-insan yang lebih dewasa dan telah berjaya menempuh sehingga alam kejauhan usia insan-insan tersebut

Perubahan mental daripada memikirkan diri dan famili sendiri akan bertambah kepada kehidupan jamak iaitu mempunyai isteri anak dan pertambahan ibu bapa saudara mara sebenarnya memerlukan ilmu membiasakan diri untuk memahami keadaan persekitaran serta belajar memperlajari ilmu-ilmu memikat hati serta menghormati percakapan dan budaya dan adab-adab bersama insan yang lebih dewasa daripada kita

ilmu pengetahuan dari segi rohani,jasmani,mental didalam adab-adab apabila mempunyai sesuatu ikatan pertunangan sebenarnya belajar memahami mengenal hati budi perasaan terutama kaum lelaki yang jarang belajar apakah yang dimiliki dan disukai oleh insan bernama wanita.

Bekerja merupakan satu nafkah dan rutin pencarian bagi membina kehidupan yang lebih selesa bagi menampung diri sendiri sebenarnya kita kena selalu bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan walaupun secara hakikatnya manusia memang tidak pernah merasa puas....bukan susah cuma melafazkan kata alhamdulillah sudah memadai sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa

Kasihlah kepada sesiapa yang kita kasih sebenarnya kasih kepada Rasulullah akan memberikan kita nikmat berkasih yang lebih nikmat apabila mendahului kasih kita kepada rasulullah...amalkan selawat keatasNya...insya-Allah akan menerima syafaatnya di akhirat kelak...

bukan mudah untuk menjadi terbaik bahkan baik...tetapi kita sekurang-kurang nya mencuba menjadi yang lebih baik sebenarnya sentiasa positifkan diri sendiri dan sentiasa meminta petunjuk dari yang Maha Esa...

Sebenarnya.........senyum adalah satu sedekah yang mudah

wallahua'alam....putra al-amin

Keajaiban allah...





Setibanya di rumah pada hari sabtu yang lepas..ibu mengajak diri ini menghadiri majlis perkahwinan kawan baik yang selalu diingati.. bergerak ke kampung untuk mencabut ubi untuk meraih isi dan lemaknya ubi tersebut. Kebetulan pula pada hari ini insya-allah rumah kedua familyku akan dibina. setelah berjerih dengan adik no 4 iaitu ilham.......ketika itu ibu sedang mencantas semak samun untuk mencari ubi yang boleh dijadikan hidangan kerepek untuk dimakan...terjumpa salah satu daripada keajaiban allah di kebunku sendiri. nanti lihat gambar di bawah eh....pisang berbuah dengan pokok tersebut tumbang dan berbuah di batang pisang bukan di tempatnya...saksikan betol-betol...pastu sebut...subahanallah....


Thursday, November 11, 2010

Sudah Lama tidak Bertemu

Penat menyelubungi diri kerana pada pagi sehingga petang tidak putus-putus dengan kerja. Walaupun agak sibuk dengan tugasan harian hati memberontak untuk bertinta lalu mencapai papan kekunci di komputer ini untuk menukilkan sebuah kisah mengenai pertemuan dan perpisahan.

Ditakdirkan oleh Allah S.W.T telah dihadiri oleh sahabat seperjuangan di iluvislam.com yang telah lama tidak menghantar post di forum iaitu us.rashidi aka us buluh dan sahabat baiknya us. fuad aka pemikir yang merupakan moderator agama di iluvislam.com. Tidak menyangka mereka akan hadir ke pejabat ketika diri ini sedang sibuk melayan haji-haji dan pak cik-pak cik yang menjadi tetamu masjid ini.

terus mengajak ke kedai makan yang biasanya melepak dengan us rashidi ketika kami tinggal serumah di restoran barakath noor. Berbual mengenai perkembangan terbaru mereka dan sebagainya serta mengenai masa depan.

Alhamdulillah us rashidi belanja makan pada ari ini...syukran us semoga allah memberikan keberkatan dan rahmatnya...us rashidi dan us fuad mengirimkan salam kepada pembaca blog yang mengenali mereka kerana mereka sedang sibuk dengan pengajian Master buat masa ini..

By The Way doakan kejayaan mereka yer..amin....Bertemu dan Berpisah kerana Allah...

Monday, November 8, 2010

Pengalaman menangkap cicak termahal didunia

Pada malam sabtu bergerak dari masjid kira-kira hampir pukul 12 telah terjadinya projek untuk merubah hidup sendiri dengan kawan-kawan yang meneruskan kehidupan. Kebetulan pada malam tu ada majlis perpisahan us. zahir yang telah menamatkan tugasan beliau sebagai bilal di masjid usamah ni.

Pada masa itu, adik dan kawan-kawan seramai 5 orang menuju ke Kampung Sg. Buaya di Rawang, Selangor. Pada jam 12 tengah malam dengan keadaan yang sunyi sepi umpama berada di tengah-tengah hutan menyusuri kampung tersebut.

Hujan renyai bak gerimis bersama-sama kami untuk menuju ke tempat yang dituju.. Memang sunyi sepi bak solok berdentum bak kata orang melaka. Kampung yang jauh dari kesibukkan kota seperti di wangsa maju amat menyeramkan dan mengasyikkan. Tiba di rumah Bob mail hampir 1230 tengah malam.

Sempat menyapa si Bob mail " Wei, betol ker rumah ko ni bro??, awat ke dalam rumah ko?? " dengan termengah-mengah Bob Mail berkata " Betol mi, ni la rumah aku, ko jalan depan skit ada tanah wakaf perkuburan, adalah 20 meter dari rumah aku. " Helmi merupakan bekas pengawal keselamatan di masjid usamah yang off pada hari tersebut menyampuk " meremang bulu tengkuk aku ko cakap macam tu mail.....semua senyap seketika.

Didalam suasana hening kedengaran suara ahli keluarga mail yang masih belum tido dan masih riuh rendah umpama berada di pasar malam..segan pulak nak masuk rumah dia kerana mereka masih belum menidurkan diri mereka. Hendak memulakan projek pun amat segan dibuatnya.

Mail telah terus masuk kerumah bersama beg galasnya dan berbual dengan familinya buat seketika dan terus memanggil..." mi meh sini ko tengok kat celah kayu ni hah, ada tak ?? " sambil tangannya menyuluh ke tempat tersebut. Memang ada kawan-kawan cicak tu bukan macam cicak yang selalu kita nampak dirumah tetapi badannya mempunyai pelbagai warna. ada yang warna emas dan ada juga yang bertompok-tompok berwarna merah. Dengan segera berusaha untuk menangkap kalau duduk tak buat kerja pun sampai bila nak siap kan. Dengan menggunakan pelbagai peralatan tradisional dan moden yang sempat ku capai dimana-mana sahaja..Nak tergelak dibuatnya almaklumlah pertama kali mencuba. pelbagai skill yang dapat dilihat sampai mengantuk-mengantuk dibuatnya.hehehe

thanks of lot to my frenz adik razan, helmi, nan, bob mail sebab sudi berjuang sehingga keletihan dibuatnya..btw nantikan percubaan kali kedua dan diceritakan disini nanti insyallah.....

Tuesday, November 2, 2010

Berminat...

anda berminat untuk mendalami ilmu al-quran dan mempelajari al-quran

klik laman web ini


semoga ianya memberi manfaat dan panduan...tidak perlu ke kedai buku...cubelah..anda pasti mampu memilikinya

Friday, October 22, 2010

Permulaan bahagian 2

Apabila tiba di traffic light rumahnya hatiku mulai berdegup-degup almaklumlah majlis pertunangan yang akan mengubah status dan cara hidup ku bersama dia. Menjengah di pintu halaman rumahnya telah ramai insan yang bernama saudara mara telah lama menunggu kedatangan family dan diriku untuk memenuhi langkah pertama sebelum ke lembah perkahwinan. Dengan meninggalkan familyku mengikut adat melayu mereka menuju ke rumah bakal tunangku.

Diriku bergerak ke tempat lain bagi memudahkan family dengan saudara mara yang lain menguruskan perkara yang selebihnya. Sempat menerima SMS dari die

" Abg, takut la..." daku membalas " jangan risau eh...rileks jer xdape..memangla rasa segan dan malu akan menyelubungi diri tetapi ada hikmahnya..

sambil menunggang kuda personaku ke tempat yang dinamakan BCB rasanya kalau tak silap yang memang agak berdekatan dengan stesen bas utama di daerah kluang tersebut. Saje je memusing-musing didalam pasaraya yang umpama hidup segan mati tak mahu itu mencari-cari perkara yang boleh mendamaikan jiwa kerana sebuah kerisauan.. sedang memusing-musingkan dengan berjalan-jalan mengilingi pasaraya, menerima panggilan telefon daripada saudaraku yang digelar along atau nama sebenar ( Nazri ) dengan nada begini :

" Mi , ko kat mana?? " nada cuak dihati
" ada kat bandar ni hah..duk pusing-pusing kat shoping complex ni nape ?? "
along hak tui " dah2 meh datang sini dah setel dah semuanya "
aku cemas sekejap " awat cepat sangat..macam tak percaya jer"
along mencelah di telefon " dah2 cepat skit...."

Ye la macam tak percaya jer akan secepat begini...biasanya jika mengikut pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat seperjuanganku biasanya akan memakan masa yang lama..Majlis ni tak sampai pun 45 minit telah selesai semuanya. pelik tapi benar...kadang-kadang apabila teringat kisah tersebut senyum di hati melebar selamanya..

Dengan jalan cepat ke kuda tunggangan terus ke rumah sambil menerima panggilan daripada ayahku sendiri yang berkali-kali bertanya kat mana ni???

Setibanya dengan jantung yang berdegup-degup