Cinta adalah anugerah yang besar ertinya kepada semua makhluk yang diciptakan olehNya. yang memberikan ketenangan di dalam jiwa jika setiap insan merasai akan keangungan cinta itu. Tetapi adakah kita sedar akan maksud Cinta sejati itu???kadang-kadang kita lupa tentang kelebihan Cinta sejati ini
Apakah Yang Dimaksudkan Cinta Sejati..
Adakah Sahabat-sahabat pernah terfikir persoalan ini...
Sepertimana yang kita ketahui dan belum ketahui bahawa Cinta Yang Paling Sejati hanya terdapat didalam lirik lagu ini yang berikut:
1. Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi
2. Cinta Ayah Bonda tulus suci selamanya
3. Cintakan saudara masa berada damai sementara
4. Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan
Adakah kita sudah mencapai cinta kita kepada Allah dan Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W.Nabi yang akan memberikan syafaat kepada hamba yang beriman kepadanya??
Tepuk dada tanyalah iman.
Maksud Cinta Sejati ialah cinta,kasih sayang,rindu yang berandaskan kepada syariat yang membawa kepada kebahagiaan dengan berlafazkan akad pernikahan dan perkahwinan bukan kerana nafsu amarah semata-mata. Sentiasa mencari keredhaan Allah dan berdoa kepadanya.Insya-Allah kita akan diberikan nikmat Cinta Sejati itu. Dalam kesibukkan kita mencari Cinta Sejati tersebut jangan kita lupa daripada kita menerima Cinta Sejati tersebut. Sentiasa beringat bahawa nikmat Cinta Sejati ini akan diambil bila-bila masa mengikut kehendak yang MAHA ESA. Bersyukur lah sekiranya sahabat-sahabat sekalian telah menerimanya..
Kepada remaja-remaja yang masih hanyut dengan cinta sebelum berkahwin ini hendaklah berubah dan carfilah keredhaan dan sentiasa mengamalkan prinsip "KEJARLAH CITA-CITA BARU MENGEJAR CINTA"....semoga kita semua diberikan nikmat Cinta Sejati ini daripada Yang Maha Esa...
Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!!
No comments:
Post a Comment