Tuesday, April 7, 2009

Manisnya Sebuah Pertemuan Pahitnya Sebuah Perpisahan

Sepertimana yang kita ketahui bahawa setiap insan didunia ini inginkan kebahagiaan. Kali ini saya ingin berkongsi bersama dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai tajuk yang amat sinonim dengan kita pada masa kini yang bertajuk " Indahnya Pertemuan Pedihnya Perpisahan "



Tajuk ini dipilih kerana mengambil kira kepada keadaan sekarang yang kebanyakkan institusi-institusi pendidikan kita hari ini kebanyakkan pelajarnya sedang menempuhi alam (final exam) yang menentukan masa depan mereka. Namun wujudnya suka,duka,pahit,manis,senda gurau bersama-sama sahabat seangkatan atau sebelajar dengan kita.Pada masa ini segala kenangan akan dikenang semasa berlakunya Majlis makan malam atau konvokesyen terutamanya bagi pelajar-pelajar di universiti.

Pada ketika ini, semua sahabat-sahabat akan memohon kemaafan dan halalkan apa-apa yang telah dibuat oleh kita ketika bersama-sama dengan sahabat kita. Senangkan meminta maaf hanya melalui lisan kita sahaja. Hati manusia hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...

Maksud indahnya pertemuan ini ialah saat kita berkenalan dari mula memasuki institusi yang baru hinggalah menempuhi dugaan bersama-sama

Maksud pahitnya perpisahan ialah kepulangan semula atau jauhnya hubungan yang terpaksa demi kerjaya dan masa hadapan.

Apabila berlaku perpisahan semestinya kita hendak mengekalkan hubungan itu supaya bertambah erat dan ada sesetengahnya menuju kebahagiaan

Justeru itu, marilah kita menjaga hubungan yang Allah beri ini kepada hamba-hambanya...ingatlah sayangi manusia dahulu,baru ada insan menyayangi kita.

Putra al-amin...


No comments:

Post a Comment