JAWAPANNYA, pasti cinta mereka pudar setelah cinta mereka kepada Allah telah pudar terlebih dahulu. Cinta mereka kepada Allah telah retak, dan itulah yang membawa kepdad keretakan dalam perhubungan mereka. Ya, bukan sahaja cinta kerana Allah itu penting, tetapi cinta Allah itu perlu terus disuburkan secara berterusan.
Umpama tapak pada sebuah bangunan, tentulah perlu diperkuatkan apabila rumah itu hendak diperbesarkan. Tidak mungkin rumah yang lebih besar boleh dibina atas tapak yang asal. Begitulah dalam rumahtangga, semakin besar tanggungjawab, semakin perlu hubungan antara suami isteri diperkukuhkan. Cinta mesti meningkat, bersama menigkatnya ujian. Dan untuk untuk meningkatkan cinta sesama mereka, tapak kepada cinta mereka ( cinta Allah ) perlu diperkukuhkan. Jika tidak, ujian dan tanggungjawab yang semakin membesar akan merenggangkan hubungan sesama mereka.
No comments:
Post a Comment