Friday, October 2, 2009

Hajat.....

Alhamdulillah berkat-Mu ya Allah telah membenarkan hajat-hajat ketika pulang ke kg halaman untuk menyambut eidulfitri bersama insan-insan yang aku sayang tercapai namun ada juga beberapa perkara yang tidak dapat dilaksanakan..tetapi aku bersyukur dengan keizinanMu ya Allah..

Sedikit perkongsian kepada pengunjung tetap blog ini mengenai cerita kehidupan putra al-amin sepanjang syawal. Buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupanku, aku tidak dapat pulang ke kg. halaman atas dasar urusan kerja yg diamanahkan di Masjid ini. Telah ditakdirkan oleh Allah dikehendaki bertugas selama 3 hari dari pagi syawal sehingga syawal ke-3, walaupun daku pasrah dengan semua ini, tetapi ahli keluargaku datang utk bersama-sama beraya bersamaku. Terpancar wajah keriangan ibunda,ayahanda, adik-beradik semuanya pulang menyambut syawal kali ini. Buat pertama kalinya daku tidak makan terlalu banyak menyambut syawal kali ini kerana pada tahun ini tidak semua rumah sanak saudara disinggah dan dijengah hanya menyampaikan salam kepada mereka. Semoga Allah mempertemukan kita kelak.

Raya ke-3 pulang selepas menjadi imam solat isyak..hati gembira tak keruan kerana akan menemui insan yang telah menjadi tulang belakang insan bernama kekasih. alhamdulillah berjumpa ahli keluarga dan adik dan kakak yang menjadi teman gurauannya pada keesokkannya. Hajat yang tidak kesampaian apabila tidak bertemu insan bernama kekasih ini kerana beliau telah kembali bertugas di Hospital Johor Bharu..Semoga Allah mempertemukan kami nanti. Hari raya ke-6 telah terlangsai segala hasrat dan tujuan untuk mengadakan doa selamat setelah aku disahkan jawatan didalam pentadbiran awam serta hajat ayah,manja dan ibuku tercapai semuanya. Kenduri ini telah dihadiri oleh sanak-saudara dan sepupu-sepupu yang menjadi teman gurauan dari kecil sehingga sekarang.

Bertemu sahabat karib yang istimewa sedang mengikuti pengajian di kolej kejururawatan pantai ayer keroh yang hanya berhubung didalam h/p dan ym pada malam sebelum kepulanganku ke Kuala Lumpur adalah pertemuan yang bermakna kerana ia telah menguatkan ikatan ukhwah dan persahabatan. Selain itu juga sempat juga bertemu sahabat karib dan adik yang telah ku kenal sejak 5 tahun dahulu yang sahabat yang telah menjadi teman gurauan dari zaman budak-budak dan sehingga sudah bekerja sekarang. Sahabat jauh diseberang laut yang menuntut di Institut Perguruan semoga sihat-sihat dan sejahtera hendaknya di sana. Wahai sahabat-sahabat sekalian Jaga Diri dan teruskan perjuangan yang sedang sahabat-sahabat hadapi sekarang. Kesihatan jangan lupa dan sentiasa menjaga hati agar tenang di dalam perjuangan. Daku meminta maaf kepada sahabat-sahabat di atas kekhilafan dan kekurangan daripadaku Maaf Zahir Dan Batin.

Kepada insan yang tidak dapat kutemui, ku harap teruskan perjuangan..sayang dan rindu u all semua kerana menjadi insan yang penting didalam kehidupan putra al-amin

wallahua'alam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment