Tajuk kali ini menyimpang daripada tajuk cinta yg selalu ku coretkan menerusi blog ini yg penuh dengan kisah-kisah cintaku sebelum bergelar seorang doktor Cinta.Pada hari Rabu lepas peristiwa dalam sejarah hidup, bakar ikan atas jalan depan kuarters Masjid Usamah..selama selepas setahun 3 bulan berkhidmat kat sini...terasa nikmat kelazatan apabila terlihat sate kajang haji, samuri...WOW!! sedap tak terkata.
Tak lupa juga laksa buatan moderator agama kita kak suria.btw beliau tidak dapat hadir kerana ada masalah peribadi di kg. halaman beliau. neway die tinggalkan laksa penang yg tidak terperi kesedapannya..kuih popia buatan kelate hasil tangan org rumah us.termizi yg sedap hingga menjilat jari. roti jala my bro Abg Mad Noor yg fresh dari dapur terus ke mulutku...fuh! masih hangat dan sedap tidak terkata..itulah rezeki Allah..Alhamdulillah..best gak buat hari keluarga style portluck ni...mcm dgn sahabat-sahabat krew ili time program..
Cerita yg paling best tang nak mule2 bakar tuh..punye la jenuh dengan kidnapped minyak petrol motor la..yg paling mengharukan us.norhaj sanggup buka karberator die utk sedekah nyalaan api utk arang tersebut..berpeluh jerih kami malam tu..bayang kan hampir sejam nak nyaalakan api tersebut..bukan mudah nak menyalakan arang..rasa-rasanya tak kena pada cara maybe berjam-jam la tak menyala.
Time tu juga first time camera dan handycam yg baru dibeli digunakan..teruja sebab dapat pegang barang baru.org kate dah keterujaan berlaku mestilah nak test semuanya.
Thanks kpd My Boss and Big Boss yg sama-sama join dan anjurkan program ini..semoga ukhwah family di Masjid Usamah berkekalan hingga akhirnya
wallahua'alam...
No comments:
Post a Comment