setelah dibelek-belek dan disemak jadual bulanan kera dan program secara tak sengajanya tiap-tiap minggu program diadakan.bermula dengan 6 dan 7 haribulan akan diadakan bengkel sasaran kerja tahunan ( SKT ) masjid Usamah Bin Zaid bagi membincangkan perkara-perkara yg berkaitan dengan kewangan,program pengimarahan, pentadbiran dan sebagainya.Aku rasa iluvislam.com pun kena ada program macam ni untuk meningkatkan dan memperbaiki kelemahan dan perkongsian dari shabat-sahabat yg lain...jika diizinkan. Berbalik kepada kisah hari minggu yang kebiasannya duduk dirumah akan diisi dengan program setiap minggu
minggu seterusnya adalah minggu di aman dan naquia akan diijabkabulkan bersama-sama di IPG Islam Bangi.. kena hadir majlis ini kerana ia adalah sejarah pertama apabila krew-krew ini dipertemukan jodohnya. Betapa gembiranya aman selepas ini dan akan bertukar title sebagai suami tidak lama lagi..semoga jodohnya kekal hingga ke syurga..amin...
Kemudiannya bak kata Wann ketua event team iluvislam.com time kutemui di tempat teduh seperti parking kereta sambil kim pack dan camera kesayangannya, beliau di pelancaran tabloid iluvislam telah mengatakan akan diadakan DK2 di sg. Buloh dan shooting filem..bukan dah shooting gambar di putrajaya...21 Februari adalah tarikh keramat didalam hidupku didalam usiaku. Semoga ku dapat menyertai program tersebut utk menyokong iluvislam.com
Tak lupa juga bulan ni juga berlakunya peristiwa Maulidur Rasul S.A.W..bagi mengingati kelahiran beliau yg telah berlakunya pelbagai peristiwa seperti runtuhnya Istana Kisra Parsi. Makkah diterangi cahaya putih, Terpadamnya Api Bangsa Majusi dan pelbagai lagi perkara yg berlaku ketika kelahiran Baginda. Tidak lupa juga jasa-jasa baginda menyampaikan syiar islam kepada Umatnya sehingga Baginda Hampir meninggalkan dunia beliu masih menyebut Ummati,ummati,ummati....Bagaimanakah Kita???
Maybe daku ingin pulang ke kampung apabila tiba dipenghujung bulan. Insyallah..kerana kerinduan kepada keluarga, adik-adik yg selalu memberikan inspirasi tentang usaha mereka mencapai sesuatu yg mereka inginkan walaupun masih kecil. Kekaguman mereka mengusik jiwa sanubariku.mereka adalah permata.walaupun mereka nakal..kerana ibu pernah ckp nak lihat perangai time kecik lihatlah adik-adik yg no 6 seiras wajahku,persis senyumannya.usahanya seperti adik keduaku.kerajinan lihat adik ke4 ku..merajukku lihat kepada adik kelima ku..disitulah tersimpan perangai ketika daku masih kecil..ibu ckp sebijik mcm mereka..itulah adik beradik...Orang tersayang!!!!! Insyallah akan pertemukan...
wallahua'alam
No comments:
Post a Comment