Thursday, October 8, 2009

Tanggungjawab dan Dipertanggungjawabkan

Satu perkataan yang kompleks, mudah difahami tetapi susah untuk dijiwai oleh semua manusia khususnya apabila diberikan sesuatu kerja atau amanah yang diberikan. Semakin besar dan tinggi jawatan yang diberikan maka besarlah tanggungjawab yang ia pikul. Kadang-kadang wujudnya kebaikkan kepada manusia dan rasa bertanggungjawaban di atas kerja yang diberikan. Adakah layak kita digelar khalifah di muka bumi ini??

Jika dirujuk di surah Al-Baqarah ayat 30:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ
مَا لَا تَعۡلَمُونَ٠
Terjemahan:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)
Cuba kita renungi maksud (sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya) itulah kuasa kepada yang Maha penciptanya yang telah memberikan kelebihan kepada manusia untuk mentadbir bumi hak milik Allah ini.Jadikan ia sebagai tanggunjawab yang besar yang memainkan peranan penting kepada kita sebagai manusia yang bergelar khalifah.
Tanggungjawab kepada kerja dan tugasan lain, kebanyakkannya dipertanggungjawabkan kepada kaum adam contohnya didalam urusan rumah tangga yang menjadi tunjang kebahagiaan di alam perkahwinan. Tetapi segelintir manusia tidak menghargai ikatan perkahwinan yang telah dibelanjakan ribuan ringgit untuk majlis perkahwinan dan pernikahan ahirnya kecundang ke mahligai penceraian. Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan di dalam perkara ini? Dimanakah sikap tanggungjawab manusia? bercinta sebelum kahwin bagai nak rak tetapi kecundang akhirnya di alam perkahwinan.
Bagi sahabat-sahabat sy berpesan kepada diri sendiri dan sahabat yang lain hayatilah surah al-baqarah ayat ke-30 tersebut yang mencerminkan tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kepada manusia yang dilantik bergelar khalifah dimuka bumi ini
Bagi yang ingin mahligai kasih yang indah dikemudian hari belajarlah memahami keadaan sekeliling kerana ia mencerminkan keperibadian yang unggul di alam perkahwinan..sy tertarik kepada kata-kata hikmah Penasihat iluvislam.com akh Zahir:
CARILAH PERSAMAAN FAHAMI PERBEZAAN




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment